Sila sediakan dokumen berikut untuk dimuat naik dalam format PDF atau JPEG:

 

  • NRIC PIC: Salinan NRIC (depan dan belakang) pemilik syarikat, pengarah atau rakan kongsi.
  • NRIC Wakil Diberi Kuasa: Salinan NRIC (depan dan belakang) individu yang diberi kuasa oleh syarikat untuk melengkapkan pendaftaran.
  • Surat Kebenaran: Surat menggunakan kepala surat syarikat (termasuk BRN, nombor telefon pejabat dan alamat) yang menyatakan kebenaran pemilik, pengarah atau rakan kongsi (berserta nombor IC) kepada PIC untuk melengkapkan pendaftaran. Surat ini mesti ditandatangani oleh pemilik, pengarah atau rakan kongsi serta dicap dengan cop rasmi syarikat.
  • Dokumen Syarikat: Borang 49, atau Borang 9, dan lain-lain.
  • TIN (Pilihan): Salinan dokumen TIN yang dikeluarkan oleh LHDN untuk tujuan cukai.
  • SST (Pilihan): Salinan dokumen SST yang memaparkan nombor SST syarikat.
  • Bil Utiliti (Pilihan): Hanya terpakai untuk syarikat di Sabah/Sarawak tanpa BRN.
  • Penyata Bank (Pilihan): Hanya terpakai untuk syarikat di Sabah/Sarawak tanpa BRN.