Tiada caj penalti tambahan dikenakan. Pelanggan hanya perlu membayar baki harga peranti, iaitu: Harga Runcit Disyorkan (RRP) peranti – jumlah ansuran yang telah dibayar

 

Contoh: Harga Runcit iPhone 13 128GB: RM3,899

 

Jika ditamatkan pada bulan ke-7 (8 kali bil ansuran telah dicaj): RM3,899 – RM1,000 (RM125 × 8) = RM2,899→ Ini adalah baki yang perlu dijelaskan.

 

Nota:

 

Harga RRP peranti tidak sama dengan jumlah keseluruhan bayaran ansuran (RM125 × 24 bulan = RM3,000).

 

Jika pelanggan ingin menamatkan U PayLater, pengiraan akan dibuat berdasarkan Harga Runcit Disyorkan (RRP).