
Pelan Pascabayar
Temui pelan Pascabayar terbaharu kami, Pelan Pascabayar 38 yang dilengkapi dengan 30GB Data Pantas dan Panggilan TANPA HAD. Dapatkan sekarang dari RM38/bulan!
Program Jaringan Prihatin adalah inisiatif Kerajaan Malaysia, dengan kerjasama Pembekal Perkhidmatan telekomunikasi, termasuk U Mobile, di mana sekitar RM2.0 bilion telah diperuntukkan untuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (“BPR”), dalam bentuk pakej telco bersubsidi.
Sekiranya anda adalah penerima program yang layak, anda akan dapat melanggan pelan data atau pakej peranti yang ditawarkan oleh Penyedia Perkhidmatan yang mengambil bahagian (contohnya: U Mobile), yang disubsidikan bersama oleh Kerajaan Malaysia
Terdapat dua jenis subsidi yang ditawarkan oleh Kerajaan dalam program ini;
Subsidi 1: Subsidi pelan data bulanan; atau
Subsidi 2: Subsidi pakej peranti.
Jumlah peruntukan subsidi untuk penerima yang layak adalah seperti berikut:
Kategori 1 – Berkahwin dan Bujang tanpa anak umur bawah 18 tahun | Kategori 2 – Berkahwin dan Bujang dengan anak umur bawah 18 tahun |
Subsidi 1: RM15 sebulan untuk 12 bulan (tanpa peranti), ATAU Subsidi 2: Subsidi pakej peranti RM180 |
Subsidi 1: RM15 sebulan untuk 12 bulan (tanpa peranti), ATAU Subsidi 2: Subsidi pakej peranti RM300 |
Sementara itu, nilai faedah yang ditawarkan oleh Penyedia Perkhidmatan akan mempunyai nilai sama tetapi tawaran tepat mungkin berbeza. Cara pembayaran subsidi akan bergantung kepada Penyedia Perkhidmatan telco masing-masing dan pelan data pilihan anda.
Anda layak untuk program Jaringan Prihatin jika anda memenuhi syarat Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Anda dapatkan lebih banyak maklumat dan menyemak kelayakan di laman web BRP: https://bpr.hasil.gov.my
Untuk menyemak kelayakan, sila ikut langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Menggunakan pelayar internet,pergi ke https://bpr.hasil.gov.my
Langkah 2: Klik “log masuk” di bahagian atas kanan laman web
Langkah 3: Masukkan nombor IC dan klik “semak”
Pendaftaran untuk program ini akan dibuka dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2021. Anda boleh mendaftar dengan Penyedia Perkhidmatan yang anda pilih (contohnya: U Mobile). Seluruh program akan berlangsung dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2022.
Program Jaringan Prihatin adalah program selama 12 bulan bermula dari saat anda mendaftar. Tarikh terakhir untuk pendaftaran adalah 31 Julai 2021, manakala keseluruhan program berlangsung dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2022.
Anda boleh menyertai program Jaringan Prihatin dengan mendaftar semasa tempoh pendaftaran melalui laman web Penyedia Perkhidmatan yang mengambil bahagian (eg: u.com.my/Prihatin)
Sila semak di laman web Penyedia Perkhidmatan yang anda pilih (contoh: u.com.my/Prihatin) untuk melihat senarai pelan data atau pakej peranti yang ditawarkan, dan untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai pendaftaran dan penebusan subsidi.
Tidak, anda tidak akan dapat mendaftar jika anda telah terlepas tarikh akhir pendaftaran 30 September 2021, walaupun anda layak menerima BPR.
Untuk pertanyaan atau rayuan berkaitan kelayakan BPR, sila layari laman web BPR (https://bpr.hasil.gov.my) atau hubungi talian khidmat pelanggan BPR (1800-88-2747) untuk maklumat lanjut. Tempoh rayuan BPR yang akan datang berlangsung dari 15 Jun - 30 Jun 2021.
Setiap MyKad yang layak dibenarkan untuk ‘opt-in’ program Jaringan Prihatin hanya sekali dalam tempoh pendaftaran dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021. Walau bagaimanapun, anda dibenarkan untuk menukar pendaftaran anda ke penyedia perkhidmatan lain selama program berlangsung, yang berlangsung dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2022.
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, anda boleh hubungi kami melalui saluran berikut.
MyUMobile App
Hubungi kami melalui MyUMobile App.
Hantarkan mesej anda melalui Messenger.
Twit pertanyaan anda dan kami akan berhubung dengan anda secepat mungkin.
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}