Maaf, tidak boleh. Anda perlu menunggu sehingga kuota atau tempoh sah Booster sedia ada anda tamat sebelum boleh melanggan yang seterusnya. Ini bermakna anda tidak boleh melanggan lebih dari satu Hotspot Booster atau Turbo Booster pada masa yang sama.

Bagaimanapun, anda boleh melanggan satu Hotspot Booster dan satu Turbo Booster pada masa yang sama. Sebaik saja anda melanggan kedua-dua Booster, penggunaan hotspot anda akan digunakan daripada pakej Hotspot Booster dan anda akan menikmati kuota data tanpa had dengan tanpa sekatan kelajuan.