
Tiada Bayaran Selama 6 Bulan
Miliki iPhone 16e, 15 Pro & 15 TANPA sebarang bayaran untuk 6 bulan pertama. Dapatkan perantauan global PERCUMA & 1,000GB Data 5G kelajuan tinggi bersama peranti baharu anda. Info lanjut di sini.
Kempen Geran Digital Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Madani atau dikenali sebagai MSME Digital Grant Madani merupakan inisiatif kerajaan Malaysia yang bertujuan menggalakkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk mengadaptasi teknologi digital dalam operasi perniagaan mereka.
Di bawah kempen ini, perniagaan yang layak boleh menerima geran dalam bentuk rebat 50% atau sehingga maksimum RM5,000.00, yang ditawarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
Geran ini terbuka kepada semua pelanggan perniagaan U Mobile baharu dan sedia ada yang memenuhi kriteria kelayakan berikut:
Anda hanya layak menerima satu Geran yang berjaya. Sekiranya anda telah menerima Geran ini melalui penyedia perkhidmatan lain, anda tidak layak untuk menerimanya melalui U Mobile.
Geran ini diberikan berdasarkan konsep 'siapa cepat, dia dapat' sehingga dana Geran habis digunakan, atau sehingga MOF memutuskan untuk menamatkan atau menggantung Kempen ini.
Anda hanya perlu melanggan sekurang-kurangnya satu pelan dalam Kempen ini bersama U Mobile. Setelah pelan diaktifkan, U Mobile akan membantu anda membuat permohonan Geran kepada BSN. Geran tersebut akan dipaparkan dalam bil anda sebagai rebat.
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:
Pendaftaran U Mobile: | Pendaftaran Geran: |
---|---|
|
|
Rebat Geran akan tertera mulai dari bil pertama anda. U Mobile akan memberikan rebat tersebut terlebih dahulu sementara permohonan Geran anda sedang diproses oleh BSN.
Jika permohonan anda ditolak, rebat Geran akan dikeluarkan daripada bil anda sebaik sahaja U Mobile menerima status daripada BSN. Sebarang rebat yang telah diberikan tidak akan ditarik balik.
Kelulusan kebiasanya mengambil masa sehingga satu bulan dari tarikh U Mobile menghantar permohonan anda kepada BSN. Sila ambil perhatian bahawa semua langganan Kempen mesti diaktifkan sebelum U Mobile boleh menghantar permohonan anda.
Semua langganan Kempen di bawah Geran ini mempunyai tempoh kontrak minimum selama 24 bulan (“Tempoh Kontrak”). Anda bertanggungjawab untuk membayar sepenuhnya caj yang dinyatakan dalam invois bermula dari tarikh langganan Kempen diaktifkan walaupun:
Sekiranya anda membatalkan langganan dalam Tempoh Kontrak, caj penamatan awal akan dikenakan.
Sekiranya anda menamatkan atau memindahkan langganan Kempen anda ke rangkaian lain, anda akan kehilangan baki Geran yang belum digunakan dan mungkin dikenakan caj penamatan awal sekiranya ia berlaku dalam Tempoh Kontrak.
Geran hanya akan disalurkan dan digunakan untuk langganan Kempen oleh perniagaan/syarikat yang membuat permohonan asal. Ia tidak boleh dipindahkan kepada perniagaan atau syarikat lain.
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, anda boleh hubungi kami melalui saluran berikut.
Kami akan hubungi anda tidak lama lagi.
Cari Rakan Niaga Enterprise yang terdekat anda.
Get in touch with your Key Account Manager for urgent assistance.
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}