{ "hideAfter": false, "hideGeneralNotification": false, "rotationTimer": 5, "importantNotificationList": [{"LOG":{"name":"com.umobile.core.pojo.NotificationPojo"},"startDateTime":"2024-01-29T06:00:00.000+08:00","endDateTime":"2024-02-05T23:59:00.000+08:00","desc":"\u003cp\u003ePeningkatan penyelenggaraan laman web berjadual sedang dilaksanakan dari 30 Jan - 6 Feb.\u003c/p\u003e\r\n","ctaPath":"","now":{"year":2025,"month":8,"day":21},"instant":{"seconds":1755705600,"nanos":0},"nowDate":"Aug 21, 2025, 12:00:00 AM","nowTime":"2025-08-21","validTime":0},{"LOG":{"name":"com.umobile.core.pojo.NotificationPojo"},"startDateTime":"2024-01-29T06:00:00.000+08:00","endDateTime":"2024-02-05T23:59:00.000+08:00","desc":"\u003cp\u003eSila lawati \u003ca href\u003d\"/content/u-mobile/bm/personal/support/store-finder.html\" target\u003d\"_blank\"\u003ekedai terdekat\u003c/a\u003e kami untuk bantuan pembelian \u0026amp; permintaan port-in. Terima kasih.\u003c/p\u003e\r\n","ctaPath":"","now":{"year":2025,"month":8,"day":21},"instant":{"seconds":1755705600,"nanos":0},"nowDate":"Aug 21, 2025, 12:00:00 AM","nowTime":"2025-08-21","validTime":0}] }
icon
icon
{ "serviceUrlSearchSuggestion": "/content/u-mobile/bm/personal/jcr:content/header.suggestions", "searchResultPagePath": "/content/u-mobile/bm/personal/search-results.html" }
{ "dropdownFaqProperties": [ { "title": "Lain-lain", "value": "others", "url": "/content/u-mobile/bm/personal/support/terms-conditions/others.html", "isGroupLabel": true, "childList": [ { "title": "Notis Privasi", "value": "privacy-notice", "url": "/content/u-mobile/bm/personal/support/terms-conditions/others/privacy-notice.html" } ] } ], "dropdownDefault": "/content/u-mobile/bm/personal/support/terms-conditions/others/privacy-notice.html", "breadCrumbs": [] }

Notis Privasi

 

 

Notis Privasi (“Notis”) ini menerangkan langkah kami Memproses Maklumat Peribadi yang kami kumpul dari anda sepanjang kami memberikan Perkhidmatan kepada anda, semasa anda menggunakan Laman Kumpulan U Mobile, melawati mana-mana cawangan pejabat kami atau kedai U Mobile, atau apabila anda berinteraksi dengan kami sebagai sebahagian daripada perniagaan kami termasuk menghubungi meja bantuan kami, mengambil bahagian dalam tinjauan atau percubaan, memasuki promosi atau kempen, menghadiri acara kami atau secara amnya bertanya tentang produk atau Perkhidmatan kami. Notis ini akan digunapakai dalam semua keadaan ini . Kami akan melindungi dan mengekalkan privasi anda selaras dengan Notis ini. Notis ini adalah sebahagian daripada, dan harus dibaca bersama dengan kesemua terma dan syarat yang tertakluk pada Perkhidmatan yang anda gunakan. Notis ini hanya diguna pakai jika anda merupakan seorang individu.

 

Jika berlakunya sebarang pertikaian antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

 

Dalam Notis ini:-

 

Maksud perkataan lazim tidak terhad oleh contoh khusus yang diperkenalkan dengan istilah “termasuk” atau “sebagai contoh” atau “seperti” atau istilah-istilah yang bersamaan dengannya.

 

"Maklumat Biometrik" bererti sebarang maklumat peribadi yang terhasil daripada pemprosesan teknikal yang berkaitan dengan ciri fizikal, fisiologi atau tingkah laku dan mungkin termasuk imej wajah, cap jari dan suara individu.

 

“Rangkaian Kami” bererti rangkaian yang dimiliki atau dikendali oleh kami dan merangkumi rangkaian penyedia perkhidmatan antarabangsa dan domestik kami;

 

"PDPA" merujuk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, termasuk sebarang pindaan, perundangan subsidiari, perintah, piawaian dan tataamalan yang ditetapkan di bawah akta PDPA.

 

“Maklumat Peribadi” bererti sebarang maklumat dalam milikan atau kawalan kami yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda (atau mana-mana individu lain) sehingga anda (atau individu tersebut) boleh dikenali atau dikenal pasti daripada maklumat tersebut atau daripada maklumat tersebut dan maklumat lain dalam milikan kami. Sebarang rujukan kepada Maklumat Peribadi dalam Notis ini turut merangkumi Maklumat Peribadi Sensitif.

 

Proses (termasuk kata berimbuhan seperti Memproses, Pemprosesan dan Diproses)” merangkumi pengendalian Maklumat Peribadi seperti mengumpul, merakam, memegang, menyimpan, mengguna dan mendedahkan.

 

"Maklumat Peribadi Sensitif" bererti kepada sebarang Maklumat Peribadi yang berkaitan dengan kesihatan fizikal atau mental seseorang, pandangan politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang seumpamanya, pelakuan atau dakwaan pelakuan sesuatu kesalahan, atau Maklumat Biometrik.

 

“Perkhidmatan” bererti apa-apa perkhidmatan atau produk yang ditawarkan oleh Kumpulan U Mobile melalui Rangkaian Kami serta Laman Kumpulan U Mobile;

 

"Secara Teknikal Boleh Dilaksanakan" bererti keupayaan kami untuk memindahkan Maklumat Peribadi kepada pihak ketiga secara berkesan dan efisien dengan menggunakan infrastruktur dan format teknologi yang sedia ada.

 

“U Mobile” bererti U Mobile Sdn. Bhd. No. Pendaftaran 199101013657 (223969-U).

 

"Kumpulan U Mobile" atau “kami” bererti U Mobile dan anak-anak syarikatnya.

 

“Laman Kumpulan U Mobile” bererti laman sesawang Kumpulan U Mobile termasuk media sosial, portal WAP, aplikasi mudah alih dan mana-mana laman atau portal yang kami miliki atau kendali.

 

 

Perjanjian Bagi Memproses Maklumat Peribadi Anda
Dengan memberi Maklumat Peribadi anda atau memperoleh Perkhidmatan atau melawat atau menggunakan Laman Kumpulan U Mobile atau berinteraksi dengan kami, anda mengakui dan bersetuju agar Maklumat Peribadi anda di Proses oleh kami dan didedahkan kepada sebarang ahli Kumpulan U Mobile atau kepada pihak ketiga berdasarkan Notis ini.

 

Jika anda memberi Maklumat Peribadi seseorang selain daripada diri sendiri (contohnya ahli keluarga anda jika anda telah memperoleh dan bertanggung jawab ke atas Perkhidmatan yang akan diguna oleh mereka), kami bergantung pada anda untuk memaklumkan kepada mereka bahawa anda memberi Maklumat Peribadi mereka kepada kami dan untuk memastikan bahawa mereka telah bersetuju untuk anda memberi kami Maklumat Peribadi mereka. Dengan memberi Maklumat Peribadi mereka, anda dianggap telah mendapatkan persetujuan mereka untuk pendedahan Maklumat Peribadi mereka kepada kami.

 

Jika anda berumur di bawah 18 tahun, sila minta ibu bapa atau penjaga sah anda membaca Notis ini sebelum memberikan kami Maklumat Peribadi anda dan anda dikehendaki memastikan bahawa ibu bapa atau penjaga sah anda memberi kebenaran bagi pihak anda untuk kami Memproses Maklumat Peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Notis Privasi ini.

 

 

Jenis Maklumat Peribadi yang Kami Kumpul
Maklumat Peribadi yang kami kumpul adalah berdasarkan interaksi anda bersama kami, jenis Perkhidmatan yang anda guna atau langgan atau Laman Kumpulan U Mobile yang anda lawati. Maklumat yang kami kumpul termasuk-

  • nama, gambar profil, foto atau avatar, tarikh lahir, kewarganegaraan, jantina, kaum, status perkahwinan, alamat, alamat e-mel, nombor telefon, nombor peranti, bahasa pilihan anda, Maklumat Biometrik;
  • butiran penting dokumen pengenalan diri seperti nombor NRIC atau pasport anda;
  • butiran akaun bank dan/atau kad bayaran anda;
  • minat dan pilihan peribadi anda untuk sesuatu produk, Perkhidmatan atau aktiviti gaya hidup apabila anda memberitahunya kepada kami atau apabila kami menganggap pilihan dan minat anda berdasarkan pada penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda;
  • perhubungan anda dengan kami, seperti nota atau rakaman suatu panggilan telefon oleh anda kepada salah satu pusat perkhidmatan atau pusat perhubungan kami, e-mel atau surat yang anda hantar kepada kami, dan rakaman apa-apa perhubungan lain antara anda dan kami;
  • maklumat akaun anda, seperti tarikh pembayaran diberi atau diterima; maklumat tambah nilai; perkhidmatan langganan yang anda gunakan; dan apa-apa maklumat lain berkenaan dengan akaun anda;
  • maklumat kewangan anda seperti pendapatan, cukai pendapatan atau sejarah kredit anda untuk mengesahkan kedudukan kewangan, kebolehpercayaan kredit atau kesesuaian bagi mana-mana Perkhidmatan kami yang dipohon (jika perlu);
  • maklumat sekuriti yang anda gunakan untuk pengesahan atau kata laluan yang digunakan untuk pembayaran;
  • maklumat anda yang anda berikan semasa tinjauan dan promosi; dan
  • imej anda yang dirakam melalui kamera video pengawasan kami.

 

Kami juga mengumpul dan Memproses butiran penggunaan anda ke atas Perkhidmatan kami termasuk:-

  • nombor telefon yang mana anda membuat panggilan atau menghantar mesej (atau nombor telefon dari mana anda menerima panggilan atau mesej);
  • tahap perkhidmatan yang anda terima, sebagai contoh kepincangan rangkaian atau kejadian lain ke atas rangkaian yang memberi kesan kepada Perkhidmatan kami;
  • tarikh, tempoh masa, waktu dan kos bagi panggilan telefon dan mesej oleh anda atau diterima anda melalui Rangkaian Kami serta lokasi anda pada ketika komunikasi ini berlaku, jenis (tetapi bukan kandungan) fail yang anda kirim melalui komunikasi ini atau melalui Laman Kumpulan U Mobile, termasuk akses kepada kandungan, muat naik dan muat turun (termasuk bilangan data yang digunakan), alamat IP dan data pelayaran internet, dengan menggunakan cookies (fail teks kecil yang disimpan di dalam pelayar internet anda) dan mana-mana teknik lain. Ini membolehkan kami menyesuaikan laman sesawang kami untuk anda agar ia bersesuaian dengan minat dan keperluan anda. Anda boleh memilih untuk menolak cookies sama sekali dalam pelayar anda atau anda boleh menetapkan pelayar untuk memaklumkan setiap kali sesuatu laman sesawang ingin menetapkan sesuatu cookie.

 

 

Maklumat Peribadi Wajib atau Sukarela
Maklumat Peribadi anda yang kami kumpul berkemungkinan adalah wajib atau sukarela. Maklumat yang diperlukan dalam borang pendaftaran atau permohonan (ditanda dengan *) termasuk borang melalui Laman Kumpulan U Mobile, adalah contoh maklumat wajib yang anda harus berikan untuk membolehkan kami Memproses permohonan anda dan seterusnya memberikan Perkhidmatan kepada anda. Maklumat wajib lain termasuk maklumat yang telah dirujuk di perkara berkaitan “Jenis Maklumat Peribadi yang Kami Kumpul” seperti yang dinyatakan di atas. Maklumat Peribadi seperti ini dikumpul secara automatik dan jika anda tidak bersetuju untuk memberi maklumat wajib tersebut, kami tidak akan dapat atau tidak akan boleh meneruskan pemberian Perkhidmatan berkenaan atau berkemungkinan kami akan mengehadkan pemberian Perkhidmatan berkenaan.

 

 

Cara Mengumpul Maklumat Peribadi
Maklumat Peribadi anda dikumpul melalui pelbagai kaedah dan saluran secara langsung daripada anda, secara automatik apabila anda menggunakan Perkhidmatan atau Laman Kumpulan U Mobile melalui cookies dan teknologi lain yang serupa, daripada cara penggunaan Perkhidmatan kami yang dikumpul melalui rekod kepunyaan kami atau dari pihak ketiga, termasuk:

  • Apabila anda melengkapkan pendaftaran atau permohonan untuk Perkhidmatan, pesanan perkhidmatan, borang debit langsung atau yang sama dengannya atau sebagai pembekal dan pemberi perkhidmatan, sama ada dalam talian atau sebaliknya;
  • Apabila anda menggunakan rangkaian dan Perkhidmatan kami;
  • Apabila anda meminta kami maklumat lanjut berkenaan sesuatu produk atau Perkhidmatan atau menghubungi kami dengan soalan atau aduan;
  • Apabila anda membuat pembayaran kepada kami;
  • Dari pihak ketiga seperti agensi pelapor kredit, agensi pencegah fraud, agensi penguat kuasa undang-undang, institusi kewangan dan entiti kerajaan lain;
  • Dari saudagar dan rakan perniagaan lain dan saluran pengedaran yang berinteraksi dengan anda berkaitan dengan Perkhidmatan atau Laman Kumpulan U Mobile ;
  • Dari sumber maklumat awam seperti penyedia penyelidikan pasaran dan direktori perniagaan;
  • Apabila anda melayari Laman Kumpulan U Mobile , kedai dalam talian, halaman Facebook dan halaman lain yang kami miliki dan urus;
  • Apabila anda melayari laman pihak lain melalui laman kami;
  • Apabila anda memberi Maklumat Peribadi anda melalui Laman Kumpulan U Mobile ;
  • Apabila anda mengambil bahagian dalam mana-mana peraduan atau promosi atau menjawab tinjauan atau soal selidik atau memohon maklumat daripada kami atau menghadiri acara-acara kami;
  • Apabila anda menghubungi Kumpulan U Mobile melalui panggilan telefon. Panggilan sebegini mungkin dirakam untuk sebab-sebab latihan, kualiti dan perniagaan;
  • Apabila anda mengunjungi mana-mana pejabat, cawangan, pusat perkhidmatan atau pengedar sah kami;
  • Daripada stesen pangkalan mudah alih kami dan peralatan lain yang boleh mengumpul maklumat tentang penggunaan anda (termasuk maklumat berdasarkan lokasi);
  • Daripada rakaman pengawasan video yang mungkin merakam imej anda ketika anda memasuki mana mana pejabat , pusat perkhidmatan atau pengedar sah kami sebagai salah satu keperluan keselamatan kami;
  • Daripada mana-mana pihak yang kami calonkan atau lantik secara bersendirian atau bersama penyedia perkhidmatan lain, untuk mewujudkan dan mengekalkan satu pangkalan data umum di mana kami mempunyai kepentingan bersama yang sah;
  • Apabila anda memohon pekerjaan di Kumpulan U Mobile.

 

 

Tujuan Mengumpul dan Memproses Maklumat Peribadi
Kami mungkin akan Memproses Maklumat Peribadi anda untuk satu atau lebih daripada tujuan-tujuan seperti yang dinyatakan dibawah:

  • untuk Memproses permohonan anda untuk menjadi pelanggan kami; 
  • untuk mengesahkan identiti anda atau menilai kebolehpercayaan kredit anda dengan melaksanakan semakan sewajarnya; 
  • untuk menyediakan Perkhidmatan tersebut kepada anda; 
  • untuk kami menjalankan perancangan, mebuat peruntukan dan pengebilan bagi Perkhidmatan kami; 
  • untuk melindungi dan mempertahankan hak atau milikan kami dan kepentingan pelanggan kami atau pihak lain termasuk untuk menyiasat, menjawab atau mempertahankan tuntutan yang melibatkan Kumpulan U Mobile; 
  • untuk mewujudkan dan mengekalkan sebuah pangkalan data umum pelanggan kami bersama penyedia perkhidmatan lain atau bersama pihak yang dicalonkan kami; 
  • untuk memaklumkan anda secara amnya tentang produk dan Perkhidmatan kami, dan untuk menghubungi anda dengan tawaran atau promosi berdasarkan penggunaan anda ke atas produk dan Perkhidmatan kami oleh anda termasuk melalui penggunaan penyedia perkhidmatan pihak ketiga seperti khidmat iklan /penyasaran iklan; 
  • untuk memberi Perkhidmatan atau produk berkenaan kepada anda, termasuk Perkhidmatan lain yang tidak terkandung dalam perjanjian anda bersama kami, dan menghubungi anda dengan mesej berkaitan Perkhidmatan tentang perubahan dalam Perkhidmatan atau produk kami; 
  • untuk memaklumkan anda tentang produk atau Perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat lain (termasuk tawaran dan diskaun yang telah kami rundingkan khususnya bagi pelanggan kami) yang kami anggap menarik bagi anda; 
  • untuk mengirim hebahan khidmat awam atau ucapan perayaan bagi pihak kami atau pihak lain yang kami anggap menarik bagi anda; 
  • untuk memahami cara pelbagai pelanggan kami menggunakan rangkaian, produk dan Perkhidmatan kami untuk membangunkan produk dan Perkhidmatan berkenaan untuk pelanggan kami, selain memperibadikan produk dan Perkhidmatan yang kami tawarkan kepada anda; 
  • untuk mendapatkan pandangan tentang anda dan dengan siapa anda berinteraksi untuk mengenal pasti segmen pasaran, produk dan perkhidmatan pasaran, atau menjalankan penyelidikan pasaran; 
  • untuk menambah, memadankan dan menganalisis maklumat tentang anda dengan maklumat daripada sumber pihak ketiga (cth. daripada Facebook atau Google) untuk mengetahui lebih lanjut tentang pilihan dan minat anda dan untuk mencipta segmen pasaran agregat; 
  • untuk melaksanakan penyelidikan dan analisis statistik ke atas penggunaan pelanggan ke atas rangkaian, produk dan Perkhidmatan kami untuk membangunkan produk dan Perkhidmatan baru; 
  • untuk mematuhi keperluan pengawalseliaan undang-undang dan peraturan dan memberi bantuan kepada agensi penguat kuasa undang-undang, kehakiman atau mana-mana agensi kerajaan lain; 
  • untuk mengekalkan rekod yang diperlukan untuk keselamatan, tuntutan atau tujuan undang-undang lain 
  • untuk menangani pertanyaan atau aduan dan aktiviti khidmat pelanggan lain berkenaan rangkaian atau Perkhidmatan kami; 
  • untuk membantu pemindahan nombor telefon mudah alih yang anda dapatkan dari kami untuk digunakan dengan Perkhidmatan kepada sebuah penyedia perkhidmatan lain; 
  • untuk melatih kakitangan kami dan mengurus jaminan mutu; 
  • untuk tujuan menghindar atau mengesan jenayah, atau untuk siasatan atau untuk memungut hutang atau mengesan individu yang berhutang dengan kami; 
  • jika diperlukan atau diberi kuasa oleh sebarang undang-undang atau melalui perintah mahkamah; 
  • untuk melindungi Rangkaian Kami dan mengurus bilangan panggilan, mesej dan penggunaan lain Rangkaian Kami; 
  • untuk mengurus dan memperbaiki Rangkaian Kami, Perkhidmatan kami dan Laman Kumpulan U Mobile; 
  • untuk mengekalkan, membangunkan, menguji dan menaik taraf sistem dan prasarana kami; 
  • tujuan berkaitan pekerjaan (cth. mengesahkan pengalaman kerja anda atau menjalankan pemeriksaan jenayah atau rujukan) apabila anda memohon pekerjaan dengan kami; 
  • untuk menguruskan pembekal dan penyedia perkhidmatan kami termasuk untuk menilai kesesuaian anda untuk terlibat dalam transaksi perniagaan; 
  • untuk sebarang tujuan yang dinyatakan dalam terma penggunaan di laman web atau aplikasi mudah alih kami atau terma Perkhidmatan untuk Perkhidmatan atau terma kami yang berkaitan dengan promosi, kempen atau peraduan, atau Dasar Penggunaan Adil kami; 
  • bagi semua sebab-sebab lain yang berkaitan atau berhubungan dengan sebab-sebab di atas.

 

 

Golongan Pihak Ketiga yang Mungkin Mengakses Maklumat Peribadi anda
Dalam Proses menyediakan Perkhidmatan kami kepada anda, Maklumat Peribadi anda berkemungkinan didedahkan diantara Kumpulan U Mobile untuk tujuan-tujuan yang disebutkan di atas dan pihak ketiga yang bekerjasama degan Kumpulan U Mobile termasuk:

  • Penyedia kredit atau agensi pelapor kredit atau agensi pencegah fraud;
  • Rakan niaga, rakan strategik, dan penyedia perkhidmatan dan kandungan kami dan kontraktor kami yang terbabit dalam pemberian mana-mana bahagian Perkhidmatan kami kepada anda;
  • Saudagar dan ejen kami yang bekerjasama dengan kami untuk menyediakan Perkhidmatan kami atau yang mempromosikan dan mengedar Perkhidmatan kami; 
  • Pembuat dan pembaikpulih telefon bimbit kami;
  • Penasihat profesional kami termasuk peguam, akauntan, penasihat cukai dan juruaudit, atas dasar perlu tahu.
  • Agensi pemungut hutang dan pihak lain yang membantu dalam fungsi pemungutan hutang;
  • Mana-mana institusi kewangan, saudagar, pengendali kad bayaran dan persatuan kad yang berkaitan dengan mana-mana kad bayaran (sama ada dalam bentuk maya atau sebaliknya) yang dikeluarkan kepada anda oleh kami;
  • Saluran bayaran termasuk institusi kewangan untuk sebab-sebab mengekalkan rekod kewangan, menilai atau mengesahkan kredit dan memudah cara pembayaran apa jua amaun kepada kami;
  • Pihak yang kami lantik bersendirian atau bersama penyedia perkhidmatan lain untuk mewujudkan dan mengekalkan sebuah pangkalan data umum, di mana kami mempunyai kepentingan bersama yang sah;
  • Badan penguat kuasa undang-undang untuk membantu fungsi-fungsi mereka, mahkamah atau seperti yang diperlukan atau diberi kuasa oleh undang-undang; 
  • Badan pengawal selia, badan kerajaan atau lain-lain pihak berkuasa jika diperlukan atau diberi kuasa untuk berbuat demikian untuk melaksanakan fungsi pengawalseliaan, di bawah apa-apa undang-undang atau berkaitan dengan mana-mana perintah atau penghakiman daripada mahkamah atau untuk sebab mengesan atau mengelak jenayah, aktiviti yang menyalahi undang-undang atau fraud atau untuk pemberkasan atau pendakwaan pesalah, atau untuk siasatan berkaitan mana-mana di atas;
  • Mana-mana organisasi yang membeli kami atau jika kami distruktur semula atau jika kami menjual mana-mana bahagian perniagaan atau aset kami, di mana Maklumat Peribadi anda dalam pegangan kami akan dipindahkan;
  • Penyedia perkhidmatan lain apabila anda telah membuat panggilan telefon melalui atau menggunakan rangkaian mereka, untuk sebab-sebab pengebilan dan resolusi Perkhidmatan.

 

 

Keselamatan Maklumat Peribadi
Kami akan mengambil kesemua langkah yang sewajarnya untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan Maklumat Peribadi anda. Kami akan mengambil langkah untuk memastikan pihak-pihak ketiga yang menerima Maklumat Peribadi tersebut akan melindungi privasi anda, melindungi Maklumat Peribadi anda, dan Memproses Maklumat Peribadi tersebut selaras dengan undang-undang yang terpakai. Kami akan memeterai kontrak yang sewajarnya bersama pihak-pihak ketiga tersebut, yang akan menetapkan jaminan wajar dari segi langkah-langkah perlindungan teknikal dan organisasi yang mentadbir Pemprosesan Maklumat Peribadi anda, dan memastikan pihak-pihak ketiga ini mengambil tindakan sewajarnya untuk mematuhi langkah-langkah perlindungan tersebut. Pihak ketiga juga tertakluk kepada keperluan pematuhan keselamatan data di bawah PDPA.

 

 

Penyimpanan Maklumat Peribadi
Kami hanya akan menyimpan Maklumat Peribadi anda selama yang perlu untuk memenuhi sebab-sebab maklumat tersebut dikumpul, atau untuk mematuhi mana-mana keperluan undang-undang, peraturan atau sebarang keperluan perniagaan yang sah. Kami akan mengambil kesemua langkah sewajarnya untuk memastikan semua Maklumat Peribadi yang tidak relevan dan berlebihan dimusnahkan atau tidak boleh dikenali secepat mungkin.

 

 

Pemindahan Maklumat Peribadi ke lokasi di luar Malaysia
Kami mungkin perlu memindahkan Maklumat Peribadi anda ke suatu lokasi di luar Malaysia bagi Memproses Maklumat Peribadi anda sebagai sebahagian daripada penyediaan Perkhidmatan kami kepada anda atau jika anda menggunakan Perkhidmatan kami ketika berada di luar Malaysia. Maklumat Peribadi anda mungkin dipindahkan ke mana-mana lokasi di luar Malaysia yang mempunyai:
 

  1. undang-undang perlindungan data peribadi yang pada asasnya serupa dengan PDPA; atau
  2.  tahap perlindungan yang mencukupi berkaitan dengan memproses Maklumat Peribadi, yang sekurang-kurangnya setara dengan tahap perlindungan yang diberikan di bawah PDPA.
     

Anda bersetuju bagi kami memindahkan Maklumat Peribadi anda ke luar Malaysia, dalam keadaan sebegini. Kami akan mengambil langkah pencegahan sewajarnya untuk memastikan mana-mana pembekal atau penyedia perkhidmatan kami yang terlibat di dalam Pemprosesan Maklumat Peribadi anda terikat secara kontrak agar tidak menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk apa-apa sebab selain menyediakan Perkhidmatan dan untuk melindungi dengan wajar Maklumat Peribadi anda.

 

 

Komunikasi Pemasaran
Sebagai pelanggan Perkhidmatan kami, anda akan menerima komunikasi pemasaran tentang produk dan Perkhidmatan berdasarkan pilihan dan minat anda, daripada kami, rakan niaga dan rakan strategik kami yang terpilih, yang merangkumi promosi, bahan pemasaran, dan maklumat mengenai acara akan datang. Jika anda tidak ingin menerima atau terus menerima komunikasi pasaran ini, atau jika anda telah bertukar fikiran ke atas pilihan anda sebelum ini, anda boleh memilih keluar daripada komunikasi pemasaran ini dengan menghubungi kami melalui butiran perhubungan di bawah. Harap maklum bahawa jika anda memilih untuk tidak menerima komunikasi pemasaran ini, kami akan menghentikan sebarang kiriman komunikasi pemasaran kepada anda, kecuali komunikasi yang berkaitan dengan Perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda.

 

 

Pautan ke Laman dan Perkhidmatan Pihak Ketiga
Notis ini hanya terpakai pada Laman Kumpulan U Mobile dan Perkhidmatan. Jika mana-mana bahagian Laman Kumpulan U Mobile memautkan anda ke laman atau perkhidmatan pihak ketiga, laman atau perkhidmatan tersebut tidak tertakluk kepada Notis ini dan kami tidak bertanggung jawab atau menanggung sebarang liabiliti yang timbul daripada laman atau perkhidmatan pihak ketiga itu. Mana-mana Maklumat Peribadi yang anda dedahkan di laman pihak ketiga atau untuk melanggan perkhidmatan pihak ketiga adalah tertakluk kepada notis privasi pihak ketiga tersebut (jika ada) dan bukan kepada Notis kami. Sebelum mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada laman pihak ketiga atau melanggan perkhidmatan pihak ketiga, anda patut menyemak notis privasi pihak ketiga tersebut.

 

 

Kegunaan Cookies
Maklumat yang kami kumpul secara automatik apabila anda menggunakan Laman Kumpulan U Mobile dan Perkhidmatan kami dikumpul menggunakan cookies dan teknologi lain yang serupa dengannya. Kami menggunakan cookies untuk beberapa tujuan, termasuk menyimpan pilihan keutamaan anda bagi sesuatu jenis produk atau maklumat, analisis lanjut bagi tujuan menyediakan produk dan Perkhidmatan kepada anda, untuk memperbaiki produk kami atau menjuruskan Perkhidmatan kami kepada anda. Anda boleh melaraskan tetapan pada pelayar atau peranti mudah alih anda agar anda akan dimaklumkan apabila anda menerima cookies atau sebarang alat pengesan lain. Sila rujuk dokumentasi pelayar anda untuk menyemak jika alat pengesan telah dibolehkan pada komputer atau peranti mudah alih anda, atau untuk memohon supaya tidak menerima cookies atau untuk mematikan cookies jika anda tidak ingin maklumat dikumpul melalui penggunaan cookies. Jika anda mematikan cookies, anda mungkin tidak akan dapat mencapai Laman Kumpulan U Mobile.

 

 

Hak Anda Bagi Mengakses , Membetulkan dan Memindahkan Maklumat Peribadi Anda dan Penarikan Balik Persetujuan
Anda mempunyai hak untuk:

  1. mengakses, mengemas kini dan membetulkan Maklumat Peribadi anda yang disimpan oleh kami.
    Sekiranya anda ingin mengakses atau membetulkan sebarang Maklumat Peribadi anda, anda boleh berbuat demikian secara langsung melalui akaun dalam talian anda di portal layan diri kami atau aplikasi mudah alih, atau dengan menghubungi kami melalui butiran yang dinyatakan di akhir Notis ini;
  2. mengemukakan permintaan supaya Maklumat Peribadi anda (tidak termasuk sebarang data komersial dan teknikal yang secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan anda dan yang merupakan maklumat sulit kepada cara kami menjalankan perniagaan atau operasi) dipindahkan secara langsung kepada pihak ketiga;
  3. menarik balik persetujuan anda untuk kami menghantar sebarang bahan promosi dan pemasaran berkaitan produk dan perkhidmatan kami kepada anda, kecuali jika anda sendiri mengakses bahan promosi dan pemasaran yang disediakan melalui Laman U Mobile Group; dan
  4. menarik balik persetujuan anda untuk memproses sebarang Maklumat Peribadi yang kami simpan tentang anda.
    Sila ambil maklum bahawa sekiranya anda menarik balik persetujuan tersebut, kami mungkin tidak dapat menyediakan Perkhidmatan yang anda kehendaki dan ini boleh menyebabkan penamatan sebarang kontrak yang wujud antara kami dengan anda bagi Perkhidmatan tersebut, atau anda mungkin tidak dapat mengakses Laman Kumpulan U Mobile.

 

Anda perlu menyatakan dengan khusus Maklumat Peribadi yang anda ingin akses , betulkan atau pindahkan. Permintaan yang anda mohon adalah tertakluk kepada budi bicara kami dan kami mungkin perlu mengambil langkah untuk mengesahkan identiti anda termasuk meminta dokumen lanjut sebagai bukti serta butiran mengenai permohonan anda untuk mengelakkan penipuan dan ketidaktepatan, sebelum kami dapat membalas terhadap permintaan tersebut.

 

Kami akan berusaha untuk membalas permohonan anda dalam masa dua puluh satu (21) hari setelah menerima permohonan anda. Kami juga mungkin mengenakan bayaran untuk memenuhi permohonan anda.

 

 

Pengecualian:
Terdapat beberapa pengecualian di mana kami mungkin menolak permintaan anda untuk mengakses, membetulkan, atau menghantar terus Maklumat Peribadi anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada situasi berikut:

  1. apabila kami tidak dapat mengesahkan identiti anda;
  2. ia dilarang di bawah undang-undang;
  3. penghantaran terus Maklumat Peribadi tersebut kepada pihak ketiga tidak Secara Teknikal Boleh Dilaksanakan; atau
  4. kami menerima permintaan berulang untuk Maklumat Peribadi yang sama.

 

Kami akan memaklumkan anda sewajarnya sekiranya berlaku keadaan sedemikian.

 

 

Kewajipan anda untuk memberi Maklumat Peribadi yang tepat dan lengkap
Anda bertanggung jawab memberi kepada kami Maklumat Peribadi yang tepat dan lengkap tentang diri sendiri dan mana-mana individu lain yang mana Maklumat Peribadinya diberi oleh anda kepada kami, dan anda perlu menghubungi kami untuk mengemas kini Maklumat Peribadi ini bila dan apabila ia menjadi salah atau lapuk.

 

 

Semakan kepada Notis Privasi
Notis ini akan disemak dari semasa ke semasa dan versi yang telah disemak akan diguna pakai dan menggantikan mana-mana dan semua versi sebelumnya. Jika kami membuat sebarang perubahan kepada Notis ini, kami akan memaklumkan perubahan tersebut di www.u.com.my. Jika anda terus menggunakan Perkhidmatan kami atau Laman Kumpulan U Mobile selepas dimaklumkan tentang perubahan tersebut, anda akan dianggap telah bersetuju dengan perubahan tersebut. Jika anda tidak bersetuju dengan perubahan tersebut, anda boleh menamatkan kontrak Perkhidmatan anda dengan kami atau berhenti menggunakan Laman Kumpulan U Mobile.

 

 

Butiran Perhubungan
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kekhuatiran mengenai Notis ini atau cara kami mengendalikan Maklumat Peribadi anda, sila hubungi kami di titik hubungan berikut:

1. Secara bertulis kepada:

 

Jawatan: Pegawai Perlindungan Data Peribadi

 

E-mel: pdpo@u.com.my

 

Alamat: Aras 11, Timur, Berjaya Times Square, 1 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur

2. Telefon kami:

 

No. Telefon: +6018 388 1318 atau 1318 (jika menggunakan telefon U Mobile)

3. Untuk mengakses akaun dalam talian anda:

 

a. Portal layan diri di u.com.my; atau
b. Aplikasi mudah alih: MyUMobile App

4. Kunjungi Pusat Perhidmatan kami

 

Versi: 11 Julai 2025

 

Lebih Banyak Cara untuk Berhubung

MyUMobile App atau media sosial, kami berada di hujung jari anda.

MyUmobile App

MyUMobile App

Hubungi kami melalui MyUMobile App.

Facebook

Facebook

Hantarkan mesej anda melalui Messenger.

Instagram

Instagram

Ada pertanyaan? DM sahaja kami!

{ "siteTheme": "theme-personal" }
Kami menggunakan kuki untuk memberikan pengalaman terbaik dengan menyediakan kandungan paling relevan untuk anda. Klik 'Teruskan' untuk menikmati prestasi optimum. Lihat Notis Privasi kami untuk info lanjut.