Tiada Bayaran Selama 6 Bulan
Miliki sebuah iPhone 13 atau iPhone 14 TANPA sebarang bayaran untuk 6 bulan pertama. Dapatkan perantauan global PERCUMA & 1,000GB Data 5G kelajuan tinggi bersama peranti baharu anda. Info lanjut di sini.
Kempen #MYBaikHati adalah inisiatif sumber awam peranti yang dikendalikan oleh operator telekomunikasi Celcom Axiata Berhad (“Celcom”), Digi Telecommunications Sdn Bhd (“Digi”), Maxis Berhad (“Maxis”), U Mobile Sdn Bhd (“U Mobile”), Telekom Malaysia Berhad (“TM”), dan TIME dotCom Berhad (“TIME”).
Objektif #MYBaikHati adalah mengumpulkan komputer riba, chromebook, tablet dan telefon pintar 4G daripada pelanggan daripada orang ramai, memperbaharui dan mengedarkan semula peranti tersebut kepada keluarga B40 yang paling memerlukannya.
Pelanggan dan orang ramai dijemput untuk menjadi sebahagian daripada usaha ini dengan menyumbang segala jenis peranti baharu atau terpakai seperti komputer riba, chromebook, tablet dan telefon pintar 4G, lengkap dengan bateri dan pengecas. Harap maklum bahawa kami tidak dapat menerima peranti lain. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.u.com.my/tnc/mybaikhati
Anda boleh menghantarkan peranti anda di stor U Mobile berikut yang terletak di:
Berjaya Times Square Experience Centre, Level 1
AU2 Shopping Centre
Bukit Tinggi, Klang
Sunway Pyramid
1 Utama Shopping Centre
Ya, anda dialu-alukan untuk melakukannya. Orang ramai dialu-alukan untuk menghantar peranti mereka di mana-mana pusat pengumpulan syarikat telekomunikasi berdekatan. Untuk senarai tempat pengumpulan telekomunikasi lain, sila layari laman web telco masing-masing.
Kami menerima komputer riba, chromebook, tablet dan telefon pintar 4G baharu atau terpakai. Untuk peranti terpakai, ia mesti berada dalam keadaan baik. Berikut adalah garis panduan:
Peranti yang disumbangkan mestilah dalam satu set lengkap, dilengkapi dengan bateri dan pengecas.
Pastikan skrin dalam keadaan baik dan tidak retak.
Sebelum menyerahkan peranti, kami mengesyorkan anda:
Lakukan tetapan semula sepenuhnya ke tetapan kilang (contoh: Tiada kata laluan atau nombor pin atau perlindungan berasaskan awan seperti iCloud).
Log keluar daripada semua akaun anda (Android atau iOS)
Lumpuhkan sebarang fungsi 'cari peranti saya' seperti Find My iPhone. Sekiranya ‘cari peranti saya’ tidak dilumpuhkan, kami tidak akan dapat memproses atau menderma peranti anda
Tiada jumlah minimum atau maksimum peranti yang boleh anda sumbangkan.
Setelah mengumpulkan peranti, U Mobile akan mengatur untuk memperbaharui peranti jika diperlukan, dan kemudian menyalurkannya terus kepada keluarga di segmen B40, melalui NGO yang dilantik, atau ke pelbagai saluran termasuk Pusat Internet Komuniti (PIK) terpilih di seluruh negara.
Beberapa peranti yang dihantar ke PIK juga akan disediakan untuk pinjaman kepada masyarakat. SKMM, yang mengawasi operasi PIK di seluruh negara, akan bekerjasama dengan ketua PIK untuk menguruskan pengedaran peranti pinjaman ini, termasuk lokasi dan jumlah peranti yang akan dipinjamkan.
Sebarang peranti yang disumbangkan tetapi tidak dapat diguna (contoh: tidak dalam keadaan berfungsi kerana kerosakan atau ketidaksesuaian perisian) akan dikitar semula secara bertanggungjawab.
Semua peranti yang disumbangkan tidak boleh dikembalikan. Dengan menyumbangkan peranti, anda bersetuju bahawa peranti tersebut akan disumbangkan ke arah inisiatif #MYBaikHati. Sila rujuk pada Terma & Syarat untuk maklumat lebih lanjut: www.u.com.my/tnc/mybaikhati
Sila keluarkan kad SIM atau kad memori dan aksesori lain dengan rapi sebelum menyumbangkan peranti anda, kerana kami tidak akan menerimanya.
Pastikan bahawa anda telah memadamkan data yang disimpan dalam peranti sebelum menderma, termasuk mengeluarkan kad SIM atau kad memori. Sekiranya anda tidak melakukannya, atau jika atas sebab tertentu maklumat peribadi anda tetap ada dalam peranti yang didermakan, harap maklum bahawa semua data dalam peranti akan dihapuskan.
Kami tidak akan dapat mengembalikan kad SIM atau kad memori yang dihantar kepada kami, jadi ianya akan dibuang secara bertanggungjawab.
Ribuan terima kasih dan penghargaan diberikan atas tindakan mulia anda dan kerana menjadi sebahagian daripada tujuan kempen ini untuk menyokong pembelajaran digital dan keperluan kerja untuk keluarga B40.
Kempen akan berjalan selama 12 bulan bermula 18 Mac 2021. Industri telekomunikasi akan terus menilai kesan kempen ini dan akan memberikan kemas kini sekiranya ada perubahan pada jangka masa kempen.
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, anda boleh hubungi kami melalui saluran berikut.
Kami akan hubungi anda tidak lama lagi.
Cari Rakan Niaga Enterprise yang terdekat anda.
Get in touch with your Key Account Manager for urgent assistance.
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}