Pelan Pakej P-Hailing RAHMAH adalah tawaran rebat 12 bulan untuk pelan sim pascabayar Enterprise terpilih, khusus untuk semua penunggang P-Hailing berwarganegara Malaysia.
Penunggang P-Hailing yang sedang melanggani pelan pascabayar pengguna perlu menukar ke pelan pascabayar Enterprise untuk melanggan pelan pakej ini. Wakil jualan kami akan membantu menukar & melanggan pelan pakej ini setelah mendapat persetujuan langganan dari pelanggan.
Namun, tawaran ini tidak terpakai kepada penunggang P-Hailing yang melanggan mana-mana pakej pascabayar berkumpulan atau perniagaan melalui mana-mana Syarikat/Kelab/Persatuan (pakej korporat).
Pelan pakej ini juga tidak terpakai kepada penunggang P-Hailing yang kini melanggan mana-mana kontrak peranti atau mana-mana tawaran rebat promosi yang sedia ada.