{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
Kuala Lumpur, 27 April 2022 – GoPayz, e-dompet universal yang dibangunkan oleh U Mobile, memeterai kerjasama dengan Tulus Digital (Tulus), sebuah syarikat fintech kewangan sosial Islam, untuk membolehkan umat Islam membayar zakat dalam talian dengan selamat dan mudah melalui e-dompet GoPayz untuk 6 negeri baharu. Negeri terlibat ialah Kelantan, Johor, Perlis, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dan para pengguna sudah boleh mengakses perkhidmatan tersebut melalui aplikasi GoPayz.
“GoPayz teruja dapat bekerjasama dengan Tulus Digital, platform yang dipercayai dan patuh syariah, bagi menyenang dan memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan zakat mereka. Kami sentiasa menjadikan perkhidmatan digital mudah diakses dan dengan kerjasama ini pengguna Islam kami boleh membayar zakat ke hampir setiap negeri di Malaysia dalam talian, bila-bila masa, di mana-mana, dengan selamat,” kata Jasmine Lee, Ketua Pegawai Digital U Mobile.
Menurut Pengerusi Eksekutif Digital Tulus, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, “Penyertaan kewangan digital adalah sebahagian daripada strategi kewangan sosial Islam Tulus dan kerjasama dengan GoPayz ini juga akan membolehkan Tulus memperkenalkan kaedah pembayaran e-dompet GoPayz ke dalam ekosistem Tulus. Kami berbesar hati dengan kemasukan perkhidmatan Zakat kami oleh GoPayz dan melihat ini sebagai peluang yang baik untuk mendekati generasi baru pembayar Zakat yang celik digital.”
Untuk menggunakan kemudahan ini, para pengguna hanya perlu klik pada pilihan Perkhidmatan Islamik dalam aplikasi GoPayz dan pengguna akan mendapat panduan untuk melalui proses tersebut. Pengguna boleh menyelesaikan pembayaran zakat mereka dalam tiga langkah mudah.
• Langkah 1: Pergi ke Perkhidmatan Islamik GoPayz dan Pilih Jenis Zakat
• Langkah 2: Isikan Butiran Anda
• Langkah 3: Pilih Mod Pembayaran
Dengan penambahan terbaru ini, GoPayz kini akan menawarkan sejumlah 12 pusat pungutan zakat negeri untuk pengguna Islam mereka membayar zakat secara dalam talian. Ini menjadikan e-dompet GoPayz mempunyai bilangan pusat pungutan zakat negeri terbanyak yang tersedia untuk pembayaran dalam talian di Malaysia. Senarai lengkap pusat pungutan zakat yang terdapat di GoPayz termasuklah Perak, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Johor, Perlis, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.gopayz.com.my/
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}