{ "hideAfter": false, "hideGeneralNotification": false, "rotationTimer": 35, "importantNotificationList": [{"LOG":{"name":"com.umobile.core.pojo.NotificationPojo"},"startDateTime":"2024-01-29T06:00:00.000+08:00","endDateTime":"2024-02-05T23:59:00.000+08:00","desc":"\u003cp\u003eOur Online Store is currently undergoing a scheduled maintenance upgrade from 30 Jan - 6 Feb.\u003c/p\u003e\r\n","ctaPath":"","now":{"year":2024,"month":4,"day":19},"instant":{"seconds":1713456000,"nanos":0},"nowDate":"Apr 19, 2024, 12:00:00 AM","nowTime":"2024-04-19","validTime":0},{"LOG":{"name":"com.umobile.core.pojo.NotificationPojo"},"startDateTime":"2024-01-29T06:00:00.000+08:00","endDateTime":"2024-02-05T23:59:00.000+08:00","desc":"\u003cp\u003eKindly visit our \u003ca href\u003d\"/content/u-mobile/en/personal/support/store-finder.html\" target\u003d\"_blank\"\u003enearest store\u003c/a\u003e for assistance on purchases \u0026amp; port-in requests. Thank you.\u003c/p\u003e\r\n","ctaPath":"","now":{"year":2024,"month":4,"day":19},"instant":{"seconds":1713456000,"nanos":0},"nowDate":"Apr 19, 2024, 12:00:00 AM","nowTime":"2024-04-19","validTime":0}] }
icon
icon
{ "serviceUrlSearchSuggestion": "/content/u-mobile/en/about-us/jcr:content/header.suggestions", "searchResultPagePath": "#" }
{ "languageToggleData": [{"languageText":"en","hyperlink":"/content/u-mobile/en/about-us/newsroom/press-releases/telco-operators-committed-to-supporting-the-nation-through-flood0"}] }

Syarikat Telekomunikasi Komited Menyokong Negara Menerusi Usaha Bantuan Banjir

 

31 Disember 2021 – Susulan pengumuman oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr. Haji Annuar bin Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) baru-baru ini, syarikat-syarikat telekomunikasi negara Celcom Axiata Berhad (“Celcom”), Digi Telecommunications Sdn Bhd (“Digi”), Maxis Berhad (“Maxis”), U Mobile Sdn Bhd (“U Mobile”), Telekom Malaysia Berhad (“TM”) dan TIME dotCom Berhad (“TIME”) kekal komited untuk menyokong rakyat Malaysia yang terkesan dengan banjir. Secara kolektifnya, industri telah memperuntukkan lebih daripada RM25 juta bagi menyokong usaha-usaha bantuan banjir.

 

Peka dengan pentingnya keperluan sambungan dalam tempoh ini dan bagi memastikan mereka yang terkesan serta anggota kecemasan boleh kekal berhubung, syarikat-syarikat telekomunikasi telah bertungkus-lumus memulihkan lokasi-lokasi yang terjejas akibat banjir. Ini termasuklah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi menempatkan peralatan sama ada secara tetap atau sementara untuk memastikan sambungan tersedia, termasuklah di lokasi-lokasi penting seperti pusat pemindahan. Setakat ini, syarikat-syarikat telekomunikasi telah memulihkan 99% daripada perkhidmatan dan baikpulih rangkaian mudah alih di semua kawasan yang terjejas banjir.  

 

Syarikat-syarikat telekomunikasi sedang bekerjasama rapat dengan beberapa organisasi termasuklah NADMA, Malaysian Relief Agency, Persatuan Bulan Sabit Merah, Yayasan Kebajikan Negara, IMAM Response & Relief Team (IMARET) dan Mercy Malaysia, serta Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC/GLIC (GDRN) bagi menghantar bantuan kepada mereka yang terkesan dengan banjir seperti kotak-kotak makanan, kit penjagaan kesihatan, pakaian, bantuan kewangan dan banyak lagi. Bagi memberikan sokongan kepada pelanggan masing-masing yang terjejas, setiap syarikat telekomunikasi komited untuk meringankan beban mereka menerusi pelbagai inisiatif yang terdiri daripada GB percuma dan airtime, baikpulih sambungan tetap dan mudah alih serta bantuan pembayaran bil. Para pelanggan yang terlibat boleh menghubungi syarikat telekomunikasi masing-masing untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan inisiatif sokongan yang ditawarkan.

 

Syarikat-syarikat telekomunikasi juga baru-baru ini telah menyokong inisiatif bantuan banjir peringkat industri kelolaan KKMM, OPS Bantu Hingga Selesai, yang telah bermula sejak 29 Disember selama lima hari. Di bawah projek ini, syarikat-syarikat telekomunikasi telah menggerakkan para sukarelawan daripada organisasi masing-masing bagi membantu kerja-kerja pembersihan dan sokongan lain yang diperlukan di kediaman-kediaman yang terjejas teruk akibat banjir di Selangor, iaitu di Taman Sri Muda (Shah Alam), Bukit Changgung (Sepang) dan Taman Sri Nanding (Hulu Langat).

 

“Kami menghargai kolaborasi antara pihak Kementerian, NGO dan syarikat-syarikat telekomunikasi yang berganding bahu untuk OPS Bantu Hingga Selesai. Ia merupakan inisiatif penting bagi memberikan sebarang bentuk bantuan yang diperlukan dengan segera kepada kawasan-kawasan yang terjejas teruk. Menerusi bantuan daripada para sukarelawan yang digerakkan, kami benar-benar berharap mereka yang terkesan berserta keluarga mereka dapat bangkit secepat mungkin,” kata YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr. Haji Annuar.  

 

Syarikat-syarikat telekomunikasi juga menghulurkan bantuan kepada anggota-anggota mereka yang terkesan menerusi pelbagai bantuan kewangan, sementara rakan-rakan pengedar pula dibantu dengan usaha pembersihan premis mereka.

 

Pihak industri akan terus sentiasa memantau keadaan dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta pihak berkuasa lain yang relevan bagi menyokong rakyat Malaysia dan membantu mereka mendepani tempoh yang sukar ini bersama-sama.

{ "siteTheme": "theme-personal" }
We use cookies to bring you the best experience on our site by tailoring the most relevant content for you. By clicking 'Accept', you agree to the storing of cookies on your device. View our Privacy Notice to learn more.