{ "hideAfter": false, "hideGeneralNotification": false, "rotationTimer": 35, "importantNotificationList": [{"LOG":{"name":"com.umobile.core.pojo.NotificationPojo"},"startDateTime":"2024-01-29T06:00:00.000+08:00","endDateTime":"2024-02-05T23:59:00.000+08:00","desc":"\u003cp\u003eOur Online Store is currently undergoing a scheduled maintenance upgrade from 30 Jan - 6 Feb.\u003c/p\u003e\r\n","ctaPath":"","now":{"year":2024,"month":4,"day":20},"instant":{"seconds":1713542400,"nanos":0},"nowDate":"Apr 20, 2024, 12:00:00 AM","nowTime":"2024-04-20","validTime":0},{"LOG":{"name":"com.umobile.core.pojo.NotificationPojo"},"startDateTime":"2024-01-29T06:00:00.000+08:00","endDateTime":"2024-02-05T23:59:00.000+08:00","desc":"\u003cp\u003eKindly visit our \u003ca href\u003d\"/content/u-mobile/en/personal/support/store-finder.html\" target\u003d\"_blank\"\u003enearest store\u003c/a\u003e for assistance on purchases \u0026amp; port-in requests. Thank you.\u003c/p\u003e\r\n","ctaPath":"","now":{"year":2024,"month":4,"day":20},"instant":{"seconds":1713542400,"nanos":0},"nowDate":"Apr 20, 2024, 12:00:00 AM","nowTime":"2024-04-20","validTime":0}] }
icon
icon
{ "serviceUrlSearchSuggestion": "/content/u-mobile/en/about-us/jcr:content/header.suggestions", "searchResultPagePath": "#" }
{ "languageToggleData": [{"languageText":"en","hyperlink":"/content/u-mobile/en/about-us/newsroom/press-releases/u-mobile-awarded-qualcomm--wireless-reach--grant--to-provide-tel"},{"languageText":"ch","hyperlink":"/content/u-mobile/en/about-us/newsroom/press-releases/u-mobile-awarded-qualcomm--wireless-reach--grant--to-provide-tel/u-mobile-_-qualcomm-wireless-reach----b40-"}] }

U Mobile Terima Geran Qualcomm® Wireless Reach™ Bagi Menyediakan Perkhidmatan Teleperubatan Kepada Komuniti B40

Kuala Lumpur, 4 MAC 2022 - U Mobile, syarikat telekomunikasi bertumpukan data yang diiktiraf dengan pelbagai anugerah, menerima geran daripada inisiatif Qualcomm® Wireless Reach™ baru-baru ini, yang menyasar untuk membawa teknologi wayarles termaju kepada orang ramai dan komuniti yang paling memerlukannya. Di Malaysia, U Mobile akan menggunakan dana itu untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan jarak jauh kepada kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (komuniti B40).

 

Penyakit tidak berjangkit (NCD) merupakan punca utama kematian dan morbiditi dalam kalangan individu dewasa di Malaysia. Sebanyak 8.1% individu dewasa di Malaysia menghidap tiga penyakit utama NCD iaitu diabetes, hipertensi dan kolestrol tinggi. Hampir 7.9 juta individu yang tinggal di kawasan luar bandar di Malaysia berhadapan dengan tahap liputan penjagaan kesihatan yang rendah. Kawasan luar bandar selalunya mempunyai kemungkinan lebih besar untuk berlaku kes NCD yang tidak didiagnosis. Ini boleh dikaitkan dengan penjagaan kesihatan yang tidak dapat diakses.

 

Qualcomm Incorporated dan U Mobile akan bekerjasama dengan DoctorOnCall, platform penjagaan kesihatan digital pertama dan terbesar di Malaysia, untuk melaksanakan perkhidmatan teleperubatan bagi rawatan diabetes dan hipertensi. Kerjasama ketiga-tiga pihak ini bakal menyaksikan pengenalan program penjagaan kesihatan yang dinamakan SIHAT atau Sistem Integrasi KeHidupan Antara Teknologi, dan akan dijalankan selama 24 bulan.

 

Program SIHAT akan memantau dan menguruskan keadaan diabetes dan hipertensi bagi 100 peserta dalam komuniti sasaran menggunakan peranti perubatan yang disambungkan secara wayarles seperti pemantau tekanan darah dan glukometer. Di samping itu, doktor akan menjalankan telekonsultasi video secara langsung dengan pesakit di platform DoctorOnCall. Doktor terlibat akan menggunakan tablet dan Always Connected PCs (ACPCs) yang menggunakan pemproses berkuasa Snapdragon. PC mudah alih kos rendah dan tablet yang dikuasakan oleh platform Snapdragon® dengan ketersambungan rangkaian selular akan memudahkankan pesakit dan kakitangan perubatan untuk berkomunikasi dari mana-mana sahaja. Rangkaian 4G U Mobile yang diiktiraf dengan pelbagai anugerah akan memudahcarakan perundingan melalui penstriman video, memastikan pesakit memperolehi perkhidmatan yang terjamin, stabil dan memastikan pengalaman yang positif.

 

Inisiatif ini dilancarkan pada Januari 2022 dan bermula dengan proses pengambilan tenaga kerja SIHAT. Selain pengurusan penjagaan kesihatan jarak jauh, SIHAT juga akan mengumpulkan pelbagai pandangan mengenai faedah teleperubatan dan memberikan cadangan penambahbaikan supaya perkhidmatan ini dapat dilaksanakan pada skala yang lebih luas. Pasukan penyelidik Universiti Monash Malaysia akan mengkaji dapatan program dan seterusnya menerbitkan satu kertas penyelidikan.

 

"U Mobile berbesar hati menerima geran Wireless Reach kerana kami akan menggunakan dana itu untuk membantu rakyat Malaysia B40 menguruskan keadaan kesihatan mereka dari jauh secara lancar, khususnya mereka yang kurang upaya atau menghadapi kesusahan untuk bergerak. Masanya juga amat sesuai kerana kita masih dalam pandemik. Kami berbesar hati untuk sekali lagi menjalin kolaborasi dengan DoctorOnCall untuk inisiatif seperti ini, sebagai bekas rakan kerjasama kami dalam kes kegunaan 5G sebelum ini. U Mobile berbesar hati untuk membangunkan potensi teleperubatan yang tiada had, dengan menjadikan teknologi dan inovasi digital semakin bermakna, mudah diakses dan mampu milik untuk semua," kata Jasmine Lee, Ketua Pegawai Digital U Mobile.

 

"SIHAT, inisiatif U Mobile, selaras dengan matlamat inisiatif Wireless Reach dalam memanfaatkan teknologi jalur lebar mudah alih termaju untuk membolehkan peranti pusat penjagaan menyediakan akses kepada maklumat, mengurangkan kos, meningkatkan kecekapan, memudahkan penjagaan kesihatan jarak jauh walaupun dalam keadaan membabitkan kekurangan sumber, dan menghubungkan orang ramai kepada penyediajagaan kesihatan mereka dengan lebih baik. Kami teruja untuk melihat bagaimana program ini akan berjalan, serta hasil pembelajaran daripadanya, yang seterusnya boleh digunakan untuk membangunkan lagi perkhidmatan penjagaan kesihatan jarak jauh di Malaysia dan memanfaatkan pembelajaran ini secara global," kata Ehsanul Islam, Naib Presiden Kejuruteraan, QUALCOMM Communication Technologies Ltd dalam Qualcomm Asia Tenggara.

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan program SIHAT, inisiatif terbaharu antara U Mobile dan DoctorOnCall, layari https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/sihat

 

{ "siteTheme": "theme-personal" }
We use cookies to bring you the best experience on our site by tailoring the most relevant content for you. By clicking 'Accept', you agree to the storing of cookies on your device. View our Privacy Notice to learn more.