{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
KUALA LUMPUR, 15 JULAI 2024 – U Mobile, penyedia perkhidmatan mudah alih dan digital yang diiktiraf dengan pelbagai anugerah, dan FGV Prodata Systems Sdn. Bhd, penyedia perkhidmatan maklumat dan teknologi komunikasi (ICT) yang juga merupakan anak syarikat FGV Holdings Berhad (“Kumpulan FGV”), telah mengumumkan Memorandum Kerjasama (MoC). MoC ini bertujuan untuk memanfaatkan teknologi dan rangkaian moden berkeupayaan 5G U Mobile bagi meningkatkan keterhubungan dan infrastruktur digital Kumpulan FGV, selari dengan objektif transformasi perniagaan syarikat tersebut.
Kerjasama ini akan menyaksikan prasarana U Mobile yang moden, boleh dikembangkan dan berkeupayaan 5G menyokong penyelesaian perusahaan termaju seperti perkhidmatan rangkaian terurus untuk operasi Kumpulan FGV dan pihak berkepentingannya, termasuk di cawangan, ladang, loji, kilang, stesen pengumpul dan operasi di ibu pejabat. MoC ini akan turut menyaksikan kedua-dua pihak bersama-sama mencipta dan menggunakan platform dan penyelesaian digital yang inovatif seperti pertanian pintar, bangunan pintar dan pemantauan pintar yang akan membolehkan Kumpulan FGV dan pihak berkepentingannya memanfaatkan kelebihan automasi dan pendigitalan termasuk peningkatan kecekapan dan penjimatan kos operasi. MoC ini turut menggariskan komitmen kedua-dia belah pihak untuk menawarkan program latihan bagi meningkatkan kemahiran para pekerja dan rakan perniagaan dalam teknologi dan alat digital baharu bagi memaksimumkan potensi inisiatif transformasi digital.
“Selaras dengan visi kami untuk menjadi rakan perkhidmatan digital pilihan Malaysia, U Mobile gembira dengan keputusan FGV Prodata untuk memilih kami bagi memanfaatkan 5G untuk memperkasakan transformasi digital di seluruh kumpulan FGV serta pangkalan pelanggannya yang luas. Kami teruja untuk menggunakan rangkaian moden kami yang berkeupayaan 5G serta penyelesaian untuk menyesuaikan keterhubungan perusahaan digital agar memberi manfaat kepada Kumpulan FGV dan pihak berkepentingannya. Kami berharap agar dapat bekerjasama dengan Kumpulan FGV Saya berharap kita akan dapat bekerjasama untuk membangun dan melancarkan teknologi inovatif yang akan membawa automasi dan kecekapan yang lebih tinggi kepada operasian harian mereka. Kami juga berdedikasi untuk Kami juga akan dapat memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan yang inklusif secara digital dengan FGV, justeru menyokong cita-cita Malaysia untuk menjadi negara yang digerakkan secara digital dan dipacu oleh teknologi,” kata Norfazidah binti Abu Bakar, Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat U Mobile.
“Dengan memanfaatkan infrastruktur rangkaian U Mobile yang termaju, boleh dikembangkan dan berkeupayaan 5G, FGV melalui anak syarikatnya FGV Prodata Systems, akan mempertingkatkan perkhidmatan ICT-nya dengan internet berkelajuan tinggi, penyelesaian rangkaian yang boleh diharap, dan saluran komunikasi yang dipertingkatkan. Kerjasama ini juga akan mengutamakan pembangunan dan pengurusan infrastruktur digital termaju, yang amat penting bagi menyokong inisiatif transformasi digital perniagaan untuk FGV. Ini akan membolehkan FGV mengekalkan kepimpinannya dalam industri kelapa sawit global sambil menyumbang secara positif kepada matlamat pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia”, kata Dato Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.
Perjanjian MoC ini telah ditandatangani oleh Norfazidah binti Abu Bakar, Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat U Mobile, dan Fakrunniam Othman, Pengarah Bahagian Kumpulan, Logistik & Perniagaan Sokongan semasa Hari Peneroka FELDA 2024. Ia telah disaksikan oleh Wong Heang Tuck, Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile dan Nor Marhamah Yahya, Penasihat Undang-undang, Undang-undang Kumpulan FGV Holdings Berhad. Turut hadir di majlis tersebut ialah YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi FELDA dan Dato’ Mohd Nazrul Izam Mansor Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Berhad.
Sempena kerjasama ini, U Mobile turut menyertai Hari Peneroka FELDA 2024 tahun ini dengan membawa pengalaman yang tiada tandingan seperti permainan VR dengan 5G dan perlawanan bola sepak secara langsung untuk menambah kemeriahan acara tersebut. U Mobile juga menggerakkan keseluruhan acara tersebut dengan 5G, dan memastikan semua peserta mempunyai akses internet yang berkualiti dan membolehkan transaksi tanpa tunai yang lancar untuk para vendor yang mengambil bahagian.
Dari kiri ke kanan - Neil Tomkinson, Ketua Pegawai Informasi U Mobile, Eric Liew, Ketua Kawal Selia U Mobile, Wong Heang Tuck, Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Norfazidah Abu Bakar, Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat U Mobile, Shamsuri Jasri Abdul Rahman, Pegawai Penjaga (OIC) sebagai CEO, Tan Sri Rastam Mohd Isa, Pengerusi FGV Holdings Berhad, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi FELDA Fakrunniam Othman, Pengarah Bahagian Kumpulan, Logistik & Perniagaan Sokongan FGV Holdings Berhad, Nor Marhamah Yahya, Penasihat Undang-undang, Undang-undang Kumpulan FGV Holdings Berhad
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}