{ "serviceUrlSearchSuggestion": "/content/u-mobile/en/about-us/jcr:content/header.suggestions", "searchResultPagePath": "#" }
{ "languageToggleData": [{"languageText":"en","hyperlink":"/content/u-mobile/en/about-us/newsroom/press-releases/u-mobile-launches-malaysias-most-accessible-5G"},{"languageText":"ch","hyperlink":"/content/u-mobile/en/about-us/newsroom/press-releases/u-mobile-launches-malaysias-most-accessible-5G/syarikat-telekomunikasi-komited-menyokong-negara-menerusi-usaha-3"},{"languageText":"bm","hyperlink":"/content/u-mobile/en/about-us/newsroom/press-releases/u-mobile-launches-malaysias-most-accessible-5G/bm"},{"languageText":"ch","hyperlink":"/content/u-mobile/en/about-us/newsroom/press-releases/u-mobile-launches-malaysias-most-accessible-5G/ch"}] }

U Mobile Lancar U25 dan U35, Pelan Prabayar Tanpa Had Tersedia 5G Yang Paling Mudah Diakses dan Mampu Milik Di Malaysia, Bermula Dari Hanya RM20 Sebulan

  • Pelan prabayar tersedia 5G terkini dari U Mobile, U25 dan U35, kini ditawarkan dengan pek SIM prabayar tersedia 5G serba baharu
  • Selain data dan panggilan tanpa had, pelanggan akan menikmati booster kelajuan selama 30 jam sebulan, sama ada kelajuan 4G atau 5G, apabila rangkaian boleh diakses
  • Manfaat tambahan termasuk 1 kadar tetap yang rendah untuk panggilan IDD ke 11 buah negara

 

Kuala Lumpur, 23 Februari 2022 – Sebagai persediaan menunggu kehadiran rangkaian mudah alih 5G secara komersil di Malaysia, U Mobile hari ini memperkenalkan dua tawaran tersedia 5G yang baharu. U25 dan U35 ialah pelan prabayar tersedia 5G yang paling mampu dimiliki. Pelan ini menawarkan data dan panggilan tanpa had dan disediakan dengan pek SIM prabayar tersedia 5G yang baharu. Antara ciri unik pelan U25 dan U35 yang baharu ini ialah booster kelajuan, iaitu peningkatan kelajuan data selama 1 jam setiap hari. Apabila pelanggan memerlukan peningkatan kelajuan data, mereka hanya perlu menuntut 1 jam percuma setiap hari melalui aplikasi MyUMobile. Pelanggan kemudiannya akan dapat menikmati kelajuan paling pantas yang ditawarkan sama ada melalui 4G atau 5G, bergantung kepada akses.

 

“U Mobile sedar bahawa ramai pelanggan kami yang menunggu kehadiran 5G secara komersil untuk menikmati manfaat teknologi yang dibawa oleh rangkaian baharu ini. Kami sangat teruja dapat melancarkan penawaran tersedia 5G yang baharu pada hari ini. Booster kelajuan tersedia 5G yang percuma serta data dan panggilan tanpa had menjadikan U25 dan U35 sebagai pelan prabayar yang terbaik dalam pasaran pada hari ini. Paling menarik sekali, pelan ini akan bermula pada hanya RM20 sebulan sahaja. Di samping pelan yang ditawarkan, para pelanggan juga dapat menikmati pelbagai ganjaran menerusi aplikasi MyUMobile sebagai bonus tambahan. U Mobile percaya bahawa tawaran ketersambungan kami yang mampu dimiliki serta mudah diakses menjadi pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia meluaskan potensi mereka,” kata Navin Manian, Pengarah Pemasaran U Mobile.

 

Sempena dengan pelancaran ini, pelan U25 akan ditawarkan pada harga promosi RM20 sebulan untuk data tanpa had pada kelajuan 3 Mbps. Ini menjadikan pelan ini satu-satunya pelan prabayar di pasaran yang menawarkan data dan panggilan tanpa had pada titik harga ini. Pelan U35 pula ditawarkan pada harga RM35 sebulan untuk data tanpa had pada kelajuan 6 Mbps dan hotspot percuma sebanyak 3GB. Kedua-dua pelan ini menyediakan panggilan tanpa had dan sah selama 30 hari bagi menawarkan nilai terbaik untuk pelanggan di pasaran.

 

Pek SIM prabayar tersedia 5G yang baharu bernilai RM10 dan disertakan dengan kredit pra-isi bernilai RM6 dan data kelajuan tinggi sebanyak 1GB. Panggilan dikenakan bayaran 15 sen seminit manakala SMS pula berharga 12 sen setiap satu.

 

Para pelanggan juga boleh menikmati 1 kadar tetap yang rendah untuk panggilan IDD ke Indonesia, Bangladesh, India, Nepal, Myanmar, Pakistan, Filipina, Thailand, China, Vietnam dan Kemboja.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.u.com.my.

{ "siteTheme": "theme-personal" }
We use cookies to bring you the best experience on our site by tailoring the most relevant content for you. By clicking 'Accept', you agree to the storing of cookies on your device. View our Privacy Notice to learn more.