{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
Kuala Lumpur, 18 Ogos 2022 – U Mobile teruja memperkenalkan barisan pelan pascabayar sedia 5G serba baharu dengan U Postpaid 98 dan U Postpaid 68, yang direka khusus untuk menawarkan pelanggan ciri menyeluruh dengan nilai terunggul bertujuan memenuhi keperluan ketersambungan dan gaya hidup. Dalam penyelidikan yang dijalankan, U Mobile mendapati bahawa dalam dua tahun yang lepas sejak pandemik bermula, keperluan para pelanggan telah berkembang, dan permintaan hubungan mudah alih semakin meningkat dengan ketara. Beberapa maklumat penting lain yang dikenal pasti termasuk:
Bagi memastikan pelanggan menikmati data pantas terunggul, U Mobile tampil menjadi syarikat telekomunikasi pertama yang menawarkan 1,000GB (1TB) data berkelajuan tinggi 4G/sedia 5G dengan pelan U Postpaid 98 baharunya. Pelanggan dapat mengalami ketersambungan tanpa risau dengan hanya RM98. Pelanggan U Postpaid 98 juga boleh berkongsi 1,000GB data berkelajuan tinggi dan kemudahan panggilan tanpa had mereka bersama 6 ahli keluarga dengan hanya RM38 setiap talian, menjadikannya pilihan keluarga yang terunggul di pasaran hari ini. Pelanggan yang sedang mencari peranti 5G baharu juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan peranti secara ansuran dengan faedah bulanan serendah 0% menerusi kemudahan ‘U PayLater’, atau dengan ‘U SaveMore’ yang menawarkan lebih penjimatan untuk peranti.
Pelan U Postpaid 68 sesuai untuk individu yang inginkan nilai terbaik. Dengan hanya RM68 sebulan, pelanggan mendapat 100GB data berkelajuan tinggi 4G/sedia 5G. Mereka juga akan menikmati penjimatan yang terunggul untuk peranti 5G baharu jika mereka memadankannya dengan pelan U Postpaid 68 melalui ‘U SaveMore’.
Kedua-dua pelan pascabayar baharu ini sedia untuk memenuhi keinginan melancong rakyat Malaysia kerana U Mobile menawarkan data perantauan 15GB percuma setiap bulan di 63 destinasi, termasuk lokasi popular seperti UK, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Portugal, Turkiye, Thailand dan Singapura. Selain data perantauan percuma, pelanggan juga akan menikmati panggilan masuk perantauan percuma dari mana-mana 63 destinasi tersebut apabila berada di luar negara!
Semasa pelancaran, Navin Manian, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, berkongsi dengan media kepentingan barisan pelan pascabayar sedia 5G serba baharu: “Barisan pelan pascabayar sedia 5G daripada U Mobile ini menunjukkan perubahan ketara dalam pendekatan kami untuk memenuhi keperluan pelanggan yang makin berubah. Dengan U Postpaid 98 dan U Postpaid 68, tumpuan kami adalah untuk memastikan nilai terunggul. Pelan-pelan baharu ini juga lengkap dari aspek perkhidmatan, dengan kesemua data berkelajuan tinggi yang anda perlukan, mudah diakses dari segi harga, sedia 5G dan memenuhi keperluan keseluruhan keluarga, terutamanya dalam keadaan ekonomi yang sukar ini.”
Pelan baharu U Postpaid 98 dan U Postpaid 68 menyertai pelan U Postpaid 38 yang diperkenalkan pada Mac tahun ini, untuk membentuk barisan pelan pascabayar sedia 5G U Mobile yang komprehensif.
Untuk maklumat lanjut tentang semua pelan ini, layari www.u.com.my.
[1] 1 Buku Poket Perangkaan SKMM Suku 1, 2022
[2] Digital 2020: Malaysia dan Digital 2022: Malaysia
[3] https://www.thestar.com.my/tech/tech-news/2022/07/01/what-is-the-right-age-for-a-kid-to-get-a-cellphone
[4] Google Insights newsletter, Suku 3, 2022
(L-R) Norfazidah Abu Bakar (Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat), Alex Tan (Ketua Pegawai Jualan), Navin Manian (Ketua Pegawai Pemasaran), Neil Tomkinson (Ketua Pegawai Informasi), Woon Ooi Yuen (Ketua Pegawai Teknologi) and Michael Tung (Ketua Jabatan Bisnes Pengguna) di majlis pelancaran Unbeatable Postpaid U Mobile.
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}