{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
Untuk menandakan capaiannya yang semakin luas, U Mobile turut melancarkan pelan U Home Fibre baharu yang menawarkan 300Mbps pada harga RM139, di samping kelajuan 100Mbps, 500Mbps dan 1Gbps yang sedia ada. Selain itu, U Mobile juga menjadikan yuran langganan bulanan semua pelan jalur lebar U Home Fibre sedia ada lebih mudah untuk dimiliki. Pelan100Mbps kini akan menjadi RM99 (sebelum ini RM129), 500Mbps pada harga RM159 (sebelum ini RM199) dan 1Gbps harga RM289 (sebelum ini RM299).
U Mobile juga meraikan peningkatan capaiannya dengan memberikan potongan rebat sebanyak RM20 untuk yuran bulanan semua pelan jalur lebar rumah U Home Fibre selama 24 bulan jika pelanggan mendaftar antara 19 Disember 2023 – 31 Mac 2024. Oleh itu, jika pelanggan mendaftar pelan 100Mbps U Home Fibre semasa tempoh promosi, kosnya hanya RM79 sebulan, menjadikannya pelan dengan nilai terbaik dalam pasaran hari ini.
“U Mobile terkenal dengan inovasi produk yang membawa nilai tiada tandingan dengan ciri kualiti terbaik dan harga yang mampu milik. Kami gembira kerana kerjasama terbaru dengan Time ini akan membolehkan lebih 1 juta isi rumah tambahan mendapat akses kepada pelan terbaharu U Home Fibre yang menarik. Di U Mobile, kami percaya bahawa kami mempunyai pelan jalur lebar yang memenuhi semua keperluan kerana, selain daripada U Home Fibre, kami juga mempunyai pelan U Home 5G yang memenuhi kehendak pelanggan dengan keperluan berbeza,” kata Navin Manian, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile.
“Kami gembira mendapat peluang ini untuk meneruskan kerjasama kami dengan U Mobile. Kami sentiasa percaya bahawa sambungan berkelajuan gig harus disediakan kepada lebih ramai rakyat Malaysia. Pengembangan jejak liputan kami dapat merealisasikan kelebihan ini dan kami akan terus menambah baik infrastruktur dan jejak rangkaian kami,” kata Ganesh Sivasamboo, EVP Wholesale di Time.
Untuk maklumat lanjut tentang U Home Fibre, termasuk harga promosi dan kawasan liputan, sila layari u.com.my.
U Mobile bekerjasama dengan Time untuk memperkenalkan pelan jalur lebar rumah U Home Fibre untuk lebih 1 juta isi rumah tambahan. Dari kiri, Michael Tung, Ketua Perniagaan Pengguna U Mobile, Navin Manian, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Lee Kok Leong, VP Penjualan Borong Domestik Time, dan Chan Hung Yee, Ketua Bahagian Portfolio Borong.
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}