{ "hideAfter": false, "hideGeneralNotification": false, "rotationTimer": 35, "importantNotificationList": [{"LOG":{"name":"com.umobile.core.pojo.NotificationPojo"},"startDateTime":"2024-01-29T06:00:00.000+08:00","endDateTime":"2024-02-05T23:59:00.000+08:00","desc":"\u003cp\u003eOur Online Store is currently undergoing a scheduled maintenance upgrade from 30 Jan - 6 Feb.\u003c/p\u003e\r\n","ctaPath":"","now":{"year":2024,"month":7,"day":26},"instant":{"seconds":1721923200,"nanos":0},"nowDate":"Jul 26, 2024, 12:00:00 AM","nowTime":"2024-07-26","validTime":0},{"LOG":{"name":"com.umobile.core.pojo.NotificationPojo"},"startDateTime":"2024-01-29T06:00:00.000+08:00","endDateTime":"2024-02-05T23:59:00.000+08:00","desc":"\u003cp\u003eKindly visit our \u003ca href\u003d\"/content/u-mobile/en/personal/support/store-finder.html\" target\u003d\"_blank\"\u003enearest store\u003c/a\u003e for assistance on purchases \u0026amp; port-in requests. Thank you.\u003c/p\u003e\r\n","ctaPath":"","now":{"year":2024,"month":7,"day":26},"instant":{"seconds":1721923200,"nanos":0},"nowDate":"Jul 26, 2024, 12:00:00 AM","nowTime":"2024-07-26","validTime":0}] }
icon
icon
{ "serviceUrlSearchSuggestion": "/content/u-mobile/en/about-us/jcr:content/header.suggestions", "searchResultPagePath": "#" }
{ "languageToggleData": [{"languageText":"en","hyperlink":"/content/u-mobile/en/about-us/newsroom/press-releases/u-mobile-upgrades-u-postpaid-68-plan-by--doubling-its-quota-to-2"}] }

U Mobile Menaik Taraf Pelan U Postpaid 68 Dengan Menggandakan Data Bulanan 5G/4G Sehingga 200GB

  • U Mobile menaik taraf pelan U Postpaid 68 sempena sambutan Bulan Kebangsaan
  • Pelan U Postpaid 68 yang dinaik taraf ini menawarkan peningkatan data bulanan 5G/4G sehingga 200GB yang juga boleh digunakan sebagai hotspot dan data perantauan di tiga destinasi
  • Pelan U Postpaid 68 yang dinaik taraf ini juga menawarkan sehingga 2 talian UFamilyShare dan peranti percuma dengan kontrak selama 36 bulan 

 

Kuala Lumpur, 30 Ogos 2023 – Sempena sambutan Bulan Kebangsaan, U Mobile mengambil peluang untuk mengumumkan bahawa mereka akan menaik taraf pelan U Postpaid 68. Mulai 1 September 2023, pelan U Postpaid 68 yang dipertingkatkan akan menawarkan dua kali ganda kuota data 5G/4G sebanyak 200GB sebulan pada harga yang sama iaitu RM68 sebulan. Para pelanggan juga boleh menggunakan data mereka sebagai hotspot dan data perantauan di Singapura, Indonesia dan Thailand. Tambahan pula, pelanggan pelan yang dinaik taraf ini juga boleh mendaftar sebanyak dua talian UFamilyShare pada harga RM38 setiap talian. Jika mereka ingin mendapatkan peranti 5G yang baharu dengan pelan ini, mereka boleh mendapat telefon baharu secara percuma jika mereka memilih kontrak selama 36 bulan.

 

Pelan U Postpaid 68 yang dinaik taraf ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam yang dianjurkan oleh kerajaan pada harga istimewa RM58 sebulan.

 

  • Untuk Pakej 5G RAHMAH, warga Malaysia berpeluang menggabungkan pelan U Postpaid 68 yang dinaik taraf ini dengan peranti 5G yang baharu pada RM240 dengan kontrak selama 24 bulan. Manakala bagi 100,000* pelanggan B40 yang pertama pula, harga peranti 5G yang baharu telah ditetapkan pada hanya RM120 apabila pembelian ini digabungkan dengan U Postpaid 68 yang dinaik taraf untuk 24 bulan. Tawaran ini akan disediakan mulai 1 September – 31 Disember 2023.
 
  • Bagi Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam, semua penjawat awam Malaysia, sama ada pelanggan U Postpaid 68 atau U Postpaid 98 yang baharu atau sedia ada akan menikmati rebet sebanyak RM10. Ini bermakna mereka akan dapat menikmati U Postpaid 68 pada RM58 sebulan dan U Postpaid 98 pada RM88 sebulan. Rebet bulanan RM10 adalah sah untuk 12 bulan jika pelanggan mendaftar antara 16 September – 31 Disember 2023. 

 

Pelanggan boleh melanggan pelan U Postpaid 68 yang dinaik taraf ini di kedai atau melalui www.shop.u.com.my mulai 1 September 2023. Untuk tawaran RAHMAH U Mobile, pelanggan boleh mendaftar di kedai U Mobile yang terlibat. Maklumat lanjut boleh didapati di www.u.com.my.

*Meliputi seluruh industri telekomunikasi

 

{ "siteTheme": "theme-personal" }
We use cookies to bring you the best experience on our site by tailoring the most relevant content for you. By clicking 'Accept', you agree to the storing of cookies on your device. View our Privacy Notice to learn more.