{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
Kuala Lumpur, 8 Jun 2025 – Merujuk kepada kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bertarikh 6 Jun 2025 mengenai penggunaan data telefon bimbit (mobile phone data atau MPD) bagi tujuan statistik rasmi, U Mobile ingin menegaskan bahawa privasi dan perlindungan data pelanggan adalah keutamaan penting bagi kami.
Kami sedar akan objektif inisiatif ini dan komited untuk terus bekerjasama dengan SKMM dengan memastikan standard tertinggi dalam tadbir urus data pelanggan. U Mobile telah menetapkan polisi dan proses bagi memastikan sebarang data yang dikongsi adalah dianonimkan sepenuhnya, diagregatkan dan dikendalikan mengikut undang-undang serta peraturan perlindungan data yang berkuat kuasa.
Apabila kami berkongsi MPD dengan SKMM, segala maklumat peribadi pelanggan yang boleh dikenal pasti (Personally Identifiable Information atau PII) tidak akan dikongsi atau diproses pada bila-bila masa.
U Mobile kekal komited untuk melindungi privasi pelanggan dan memastikan pematuhan penuh terhadap semua peraturan berkaitan pengurusan data.
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}