Anda dinasihatkan untuk mempunyai jumlah kredit yang diperlukan dalam akaun berdasarkan negara yang ingin anda kunjungi sebelum bertolak. 

 

Contohnya, bila anda tidak mempunyai kredit RM10 dalam akaun baki kredit utama semasa melancong ke negara-negara di mana U Data Roam 10 tersedia, anda tidak dapat menikmati promosi ini. Anda tidak akan dapat melanggan U Data Roam sekiranya kredit tidak mencukupi dalam Baki Kredit Utama. Ini kerana caj U Data Roam hanya dapat ditolak daripada Baki Kredit Utama walaupun anda mempunyai kredit yang mencukupi dalam Baki Credit Share anda.