Di negara yang sama:

Tidak kira operator mana yang dipilih atau diaktifkan pada hari yang sama, anda tetap dikenakan bayaran RM10/hari atau RM36/hari. 

 

Contohnya:

Sekiranya perantauan di India dan anda memilih untuk menukar antara 2 operator - Aircel dan Reliance - pada hari yang sama, anda tetap dikenakan bayaran RM10/hari. 

 

Di negara berlainan tapi pada hari yang sama:

Anda akan dikenakan bayaran RM10/hari atau RM36/hari untuk setiap negara yang dilawati. 

 

Contohnya: 

Sekiranya perantauan di Singapura pada waktu pagi dan kemudian di Indonesia pada hari yang sama, anda akan dikenakan bayaran secara berasingan untuk kedua-dua negara - RM10/hari (Singapura) dan RM10/hari (Indonesia).