Ya. Asalkan talian ahli anda mengaktifkan perkhidmatan perantauan antarabangsa, pemegang talian ahli akan dapat menikmati promosi yang sama dengan pemegang talian utama. Walau bagaimanapun, penggunaannya akan dikenakan caj berasingan. 


Contohnya, penggunaan U Data Roam 10 di Singapura:
Sekiranya pemegang talian utama dan 1 talian ahli menggunakan perantauan data pada masa yang sama di Singapura ketika mereka menyambung ke STARHUB, talian utama akan dikenakan bayaran RM10 sehari dan tambahan RM10 sehari untuk penggunaan internet oleh talian ahli semasa perantauan.