Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih adalah pelan prabayar yang direka khas untuk rakyat Malaysia yang bertujuan untuk untuk menangani peningkatan kos sara hidup dengan memenuhi keperluan perkhidmatan komunikasi asas, meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kosĀ  komunikasi dalam talian bagi mereka yang memerlukan tempoh sah laku yang lebih panjang (180 hari = 6 bulan). Pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat oleh setiap operator rangkaian mudah alih yang mengambil bahagian dalam tawaran ini iaitu U Mobile, CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia dan YTL Communications.