
Pelan Pascabayar
Nikmati sehingga 1000GB data 5G dengan pelan U Postpaid™ baharu kami. Ketahui lebih lanjut!
Ya, anda boleh memesan mana-mana peranti yang tersedia dari Stor Online U Mobile.
Pembelian yang dibuat dari 24 April 2020 akan dihantar dalam masa 3 hari bekerja jika anda berada di Semenanjung Malaysia, dan sekitar 5 hari bekerja jika anda berada di Malaysia Timur. Polisi ini untuk semua kawasan kecuali kawasan Zon Merah COVID-19 dan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) oleh Kerajaan Malaysia.
Kami akan cuba sehabis baik untuk penghantaran ke Zon Merah COVID-19 dalam tempoh PKP, namun penghantaran mungkin mengambil masa hingga 3 minggu atau akan dipenuhi setelah PKP ditamatkan.
Kami utamakan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pelanggan kami. Semasa wabak COVID-19, kami akan melakukan penghantaran tanpa sentuh untuk semua penghantaran, selaras dengan arahan Kerajaan Malaysia.
Setelah ejen penghantaran kami berjaya menghantar pakej anda, status penjejakan online anda akan dikemas kini menjadi "Dihantar", dan kami akan menganggap pakej anda telah berjaya diterima. Kami tidak akan memenuhi permintaan bayaran balik.
Oleh kerana sekatan kawasan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia, anda boleh membatalkan pesanan anda jika:
i. Anda telah membuat pembelian pada atau selepas 7 April 2020, dan sepanjang tempoh PKP; dan
ii. Alamat penghantaran berada di "kawasan yang tidak dapat dihantar" seperti Zon Merah COVID-19, yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
iii. U Mobile berhak untuk menangguhkan pesanan anda atau menolak permintaan pembatalan sekiranya syarat di atas tidak dipenuhi.
U Mobile akan menghantar notis penghantaran melalui SMS sekiranya alamat penghantaran anda berada di Zon Merah. Sekiranya anda ingin membatalkan pesanan anda, sila hubungi khidmat pelanggan U Mobile di +6018 388 1318.
Setelah anda menerima notis penghantaran melalui SMS dari U Mobile, anda boleh meminta bayaran balik dalam masa 30 hari.
Setelah kami menerima permintaan pembatalan pesanan anda, U Mobile akan memproses dan mengembalikan wang anda dengan sewajarnya. Pemprosesan mungkin mengambil masa hingga 21 hari bekerja.
Anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan atau stor U Mobile untuk membeli peranti.
Layari www.u.com.my/bm/personal/offline-device-stock-check untuk mengetahui jenis peranti yang tersedia di Stor U Mobile terpilih.
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, anda boleh hubungi kami melalui saluran berikut.
MyUMobile App
Hubungi kami melalui MyUMobile App.
Hantarkan mesej anda melalui Messenger.
Twit pertanyaan anda dan kami akan berhubung dengan anda secepat mungkin.
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}