
Tiada Bayaran Selama 6 Bulan
Miliki iPhone 16e, 15 Pro & 15 bayar RM0 untuk 6 bulan pertama. Dapatkan perayauan global percuma & 1,000GB data 5G berkelajuan tinggi pada peranti baru anda, hanya dengan U Mobile.
Langkah 1: Pastikan akaun anda aktif dan tiada tunggakan bil.
Langkah 2: Matikan suis kuasa pada ONU (Unit Rangkaian Optikal) dan Router WiFi, kemudian cabut palam kuasa selama 10 saat dan pasang semula.
Langkah 3: Tunggu selama 2 minit untuk membolehkan ONU dan Router dimulakan semula atau reboot, kemudian periksa status lampu LED pada ONU dan Router WiFi anda (rujuk arahan di bawah).
ONU (ONU):
Langkah 4: Jika lampu LAN Padam/Merah, pastikan kabel LAN disambungkan dengan betul ATAU tukar kabel LAN yang baharu.
Langkah 5: Jika lampu PON/Perhidmatan Padam/Merah, pastikan kabel fiber disambungkan dengan betul.
Langkah 6: Jika lampu LOS Padam/Merah, sila hubungi talian khidmat pelanggan kami di 018 388 1318 untuk membuat laporan kepada pasukan sokongan teknikal.
Lampu Hijau atau Biru menunjukkan bahawa ONU berfungsi dengan normal.
ROUTER WIFI:
Langkah 6: Jika ONU berfungsi seperti biasa, periksa router dan pastikan lampu POWER, LAN, WI-FI dan INTERNET menyala.
Langkah 7: Jika lampu POWER tidak menyala, periksa sambungan palam kuasa atau cuba gunakan soket yang lain.
Langkah 8: Jika lampu LAN Padam/Merah, periksa kabel LAN dan pastikan ia disambungkan dengan betul dari ONU.
Langkah 9: Jika lampu INTERNET Padam/Merah, sila hubungi talian khidmat pelanggan kami di 018 388 1318 untuk membuat laporan kepada pasukan sokongan teknikal.
Lampu Hijau atau Biru menunjukkan bahawa Router berfungsi dengan normal.
Langkah 10: Sila hubungi talian khidmat pelanggan kami di 018 388 1318 untuk membuat laporan.
Jika masalah masih belum diselesaikan, kami akan merujuk kes ini kepada pasukan sokongan tahap 2.
Sila ambil maklum bahawa caj sebanyak RM180 mungkin dikenakan sekiranya juruteknik perlu hadir ke lokasi, bergantung kepada masalah yang dihadapi.
Langkah 1: Sambungkan komputer riba/desktop anda ke Router menggunakan kabel LAN
Langkah 2: Hentikan sambungan VPN (jika ada) & semua peranti lain yang disambungkan ke Router melalui WiFi. Hanya satu peranti sahaja perlu disambungkan semasa ujian kelajuan.
Langkah 3: Uji kelajuan internet anda di https://www.speedtest.net/
Langkah 4: Pergi ke Command Prompt pada komputer riba/desktop anda (Tekan Kekunci Windows, taip “CMD” dan tekan Enter), salin teks ini ping google.com dan tampal ke skrin CMD kemudian tekan enter:
Skrin ada akan kelihatan seperti berikut:
Langkah 5: Jika keputusan bacaan menunjukkan kelajuan di bawah 100ms; ia bermaksud sambungan Internet anda normal, tetapi laman web atau pelayan yang anda cuba capai sebelum ini sedang mengalami trafik yang tinggi
Langkah 6: Jika keputusan bacaan menunjukkan kelajuan melebihi 100ms; sila hubungi talian khidmat pelanggan kami di 018 388 1318 untuk membuat laporan kepada pasukan sokongan teknikal.
Langkah 1: Matikan kuasa ONU (Unit Rangkaian Optikal) dan Router WiFi anda, cabut palam kuasa selama 10 saat dan hidupkan semula. Tunggu selama 2 minit untuk membolehkan ONU dan Router dimulakan semula atau reboot.
Langkah 2: Periksa sambungan WiFi pada peranti anda dan tukar ke frekuensi 2.4GHz, terutamanya jika peranti anda berada jauh dari Router.
Langkah 3: Periksa ONU; jika lampu PON Padam/Merah, pastikan kabel fiber disambungkan dengan kukuh tanpa sebarang lenturan tajam atau kerosakan pada kabel.
Langkah 4: Periksa Router; jika lampu LAN Padam/Merah, periksa kabel LAN dan pastikan ia disambungkan dengan betul dari ONU.
Langkah 5: Jika lampu kuasa (Power) pada salah satu peranti padam atau berkelip antara hidup dan mati, cuba gunakan soket kuasa lain dan pastikan palam kuasa disambung dengan betul.
Langkah 6: Jika masalah berlarutan, sila hubungi kami di 018 388 1318 untuk membuat laporan kepada pasukan sokongan teknikal.
Langkah 1. Pergi ke www.google.com - jika anda tidak dapat mengakses Google, dapatkan panduan dengan merujuk bahagian “Apa yang perlu dilakukan jika sambungan fiber saya terputus sepenuhnya”.
Langkah 2. Jika anda boleh disambungkan ke internet tetapi tidak dapat melayarinya; pergi ke Command Prompt pada desktop atau komputer riba anda (tekan kekunci Windows, taip ‘CMD’ dan tekan Enter)
Langkah 3. Salin arahan di bawah dan tampal ke dalam kotak CMD untuk melakukan trace route (gantikan google.com dengan URL yang bermasalah)
Langkah a) Arahan untuk trace route di CMD >> tracert google.com
Langkah 4. Salin arahan di bawah dan tampal ke dalam kotak CMD untuk melakukan ping test (gantikan google.com dengan URL yang bermasalah)
Langkah b) Arahan untuk Ping >> ping google.com
Langkah 5. Jika masalah masih berterusan, sila hubungi kami di 018 388 1318 untuk membuat laporan kepada pasukan sokongan teknikal. Sila simpan keputusan pingtest dan tracert anda dalam bentuk tangkapan skrin.
MyUMobile App atau media sosial, kami berada di hujung jari anda.
Hubungi kami melalui MyUMobile App.
Hantarkan mesej anda melalui Messenger.
Ada pertanyaan? DM sahaja kami!
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}