
Tiada Bayaran Selama 6 Bulan
Miliki iPhone 16e, 15 Pro & 15 bayar RM0 untuk 6 bulan pertama. Dapatkan perayauan global percuma & 1,000GB data 5G berkelajuan tinggi pada peranti baru anda, hanya dengan U Mobile.
eSIM adalah SIM terbenam yang terdapat dalam cip kecil di dalam peranti anda, membolehkannya memuat turun dan memasang profil U Mobile. Dengan eSIM, anda boleh membuat panggilan, menghantar SMS dan menggunakan data dengan lancar—sama seperti SIM fizikal, tetapi dengan kemudahan dan fleksibiliti tambahan.
Semua pelanggan U Mobile Postpaid dan Prepaid baharu dan sedia ada layak untuk menggunakan eSIM U Mobile.
eSIM U Mobile pada masa ini disokong oleh pelbagai jenis peranti termasuk Apple, Samsung, OPPO, Huawei dan Google. Lihat senarai terkini peranti yang disokong di sini.
Nota: Kami sentiasa mempernambahkan senarai peranti yang disokong. Sila layari laman web rasmi U Mobile untuk maklumat terkini.
Jika anda sedang menggunakan SIM fizikal, anda boleh memohon eSIM U Mobile melalui salah satu saluran berikut:
Anda boleh memohon eSIM melalui Stor U Mobile atau MyUMobile AppMyUMobile App:
Melalui Stor U Mobile:
Langkah 1: Cari Stor U Mobile yang berdekatan di sini.
Langkah 2: Pilih pelan Pascabayar atau Prabayar pilihan anda.
Langkah 3: Serahkan ID yang sah untuk pengesahan dan buat pembayaran di kaunter.
Langkah 4: Setelah pembayaran disahkan, kod QR eSIM anda akan dihantar ke emel berdaftar anda.
Melalui MyUMobile App:
Langkah 1: Muat turun atau log masuk ke MyUMobile AppMyUMobile App.
Langkah 2: Pergi ke "Settings" dan pilih "Request eSIM".
Langkah 3: Lengkapkan pengesahan identiti dan teruskan pembayaran.
Langkah 4: Setelah pembayaran berjaya, kod QR eSIM anda akan tersedia dalam aplikasi atau dihantar ke emel anda.
Sebelum bermula, pastikan peranti anda sentiasa disambungkan ke internet sepanjang proses pengaktifan.
Untuk Pengguna iPhone:
Langkah 1: Pergi ke "Settings" dan pilih "Mobile Service".
Langkah 2 : Tekan > "Add eSIM" dan pilih > "Use Kod QR".
Langkah 3: Imbas Kod QR unik yang dihantar ke emel berdaftar anda.
Langkah 4: Pasang profil eSIM anda dan ia sedia untuk digunakan.
iPhone anda juga mesti dikemas kini kepada iOS 12.1.1 atau versi lebih baharu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi pengeluar: https://support.apple.com/en-my/HT209044
Untuk Pengguna Android:
Langkah 1 : Pergi ke "Settings" dan tekan > "Connections".
Langkah 2 : Tekan > "Cellular" atau "Mobile Network"
Langkah 3 : Pilih > "Add Mobile Plan".
Langkah 4 : Pilih > "Add Using QR Code" dan Imbas Kod QR unik yang dihantar ke emel berdaftar anda.
Langkah 5 : Setelah pelan dikesan, tekan > "Add" untuk memasang
Langkah 6 : Tekan > "OK" untuk aktifkan pelan
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web pengeluar: https://www.samsung.com/my/support/mobile-devices/using-your-galaxy-smartphones-with-esim/
Selepas anda memohon eSIM, kod QR unik akan dihantar terus ke alamat emel berdaftar anda. Hanya imbas kod QR tersebut dan ikuti langkah-langkah pengaktifan pada peranti anda untuk melengkapkan persediaan.
Untuk pengguna iPhone, pastikan peranti anda dikemas kini kepada iOS 12.1.1 atau versi terkini.
Jika pengaktifan gagal, cuba imbas semula kod QR yang dihantar melalui emel Kit Pengaktifan anda.
Sebagai alternatif, anda juga boleh membuat permintaan eSIM baharu melalui MyUMobile App.
Jika masalah tersebut berterusan, sila:
Kunjungi mana-mana Stor U Mobile untuk bantuan secara bersemuka, atau
Ya, anda boleh memindahkan profil eSIM ke peranti baharu menggunakan fungsi "Request eSIM" dalam MyUMobile App. Ikuti langkah berikut:
Pada Peranti Semasa:
Langkah 1: Buka MyUMobile AppMyUMobile App pada peranti semasa anda.
Langkah 2: Pergi ke bahagian "Settings".
Langkah 3: Pilih 'Request eSIM'.
Langkah 4: Ikut arahan untuk menjana Kod QR eSIM baharu..
Pada Peranti Baharu:
Langkah 1: Pergi ke 'Settings' pada peranti baharu anda.
Langkah 2: Cari pilihan untuk menambah eSIM.
Langkah 3: Imbas Kod QR eSIM baharu menggunakan kamera peranti baharu anda.
Nota: Anda juga boleh mengunjungi Stor U Mobile terdekat untuk memohon eSIM.
Sila pastikan anda mempunyai sambungan WiFi yang stabil sebelum memulakan proses, kerana anda akan kehilangan sambungan data mudah alih sementara semasa pemindahan profil eSIM. Jika anda menghadapi sebarang masalah atau ada soalan lanjut, jangan segan untuk menghubungi khidmat pelanggan kami untuk bantuan.
Untuk menukar eSIM ke peranti lain, anda perlu menjana Kod QR baharu, sama seperti menggantikan eSIM. Anda boleh mohon melalui MyUMobile AppMyUMobile App atau di Stor U Mobile. Dalam kes ini, anda juga boleh mempertimbangkan untuk menggunakan kad SIM fizikal untuk pertukaran peranti yang lebih mudah.
Jika profil eSIM anda telah dipadam atau peranti anda ditetapkan semula, anda memerlukan profil eSIM yang baharu. Anda boleh:
- Kunjungi Stor U Mobile terdekat untuk memohon penggantian eSIM (caj biasa dikenakan), atau
- Gunakan MyUMobile AppMyUMobile App untuk memohon eSIM baharu dan muat turun semula ke peranti yang sama.
Sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 018-388 1318 dengan segera untuk melaporkan kehilangan atau kecurian peranti anda. Talian mudah alih anda akan digantung sementara bagi mengelakkan penggunaan tanpa kebenaran.
Sebagai alternatif, anda juga boleh mengunjungi mana-mana Stor U Mobile untuk membuat laporan kehilangan dan memohon penggantian eSIM. Caj biasa akan dikenakan untuk penggantian tersebut.
MyUMobile App atau media sosial, kami berada di hujung jari anda.
Hubungi kami melalui MyUMobile App.
Hantarkan mesej anda melalui Messenger.
Ada pertanyaan? DM sahaja kami!
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}