iPhone 16
Penjimatan & fleksibiliti yang tiada tandingan untuk iPhone 16 anda melalui pelan U Postpaid baharu. Nikmati ansuran 0% dengan U PayLater. Daftar hari ini!
Pelanggan yang layak mendaftar untuk UPackage boleh memilih untuk membayar iPhone dengan bayaran ansuran bulanan tanpa caj faedah.
Tawaran UPackage terbuka untuk pelanggan Pascabayar yang membuat pengalihan dan pelanggan Pascabayar U Mobile sedia ada. Untuk mendaftar ke UPackage, pelanggan yang layak diminta memenuhi kriteria berikut:
Untuk pelanggan pengalihan: Bil pascabayar 3 bulan terkini dengan minimum RM70 sebulan dibelanjakan tanpa bayaran tertunggak dinyatakan dalam bil terkini daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi sebelumnya. Pelanggan diminta untuk melanggan UPackage menggunakan kaedah pembayaran Auto Debit.
Untuk pelanggan U Mobile sedia ada: gabungan beberapa kriteria yang merangkumi jangka masa, perbelanjaan bulanan dan rekod pembayaran.
Untuk kedua-dua pelanggan pengalihan dan sedia ada, anda diminta untuk membayar pendahuluan semasa pendaftaran UPackage, bergantung pada model iPhone yang dibeli.
Pelanggan yang layak berhak mendapat satu (1) pendaftaran UPackage dengan satu (1) Kad Pengenalan. Sebarang pendaftaran berikutnya dengan UPackage di bawah Kad Pengenalan yang sama tidak dibenarkan.
Pendaftaran UPackage dibolehkan di bawah Unlimited HERO P79, P99 dan P139.
Pelan mudah alih sedia ada akan ditamatkan kerana masih terikat dengan kontrak aktif. Pelanggan akan bertanggung jawab atas sebarang caj, dan mesti melunaskan semua caj tertunggak di bawah pelan mudah alih sedia ada sebelum dapat mendaftar untuk UPackage.
Pelanggan akan menikmati penjimatan yang menarik daripada pembayaran ansuran rendah, kerana jumlah keseluruhan yang dibayar sepanjang tempoh jauh lebih rendah daripada harga runcit model iPhone semasa mendaftar untuk rancangan UPackage. Pelanggan juga akan menikmati pembayaran ansuran tanpa faedah 0% sepanjang tempoh ansuran.
Tiada bayaran penalti tambahan jika pelanggan ingin menamatkan UPackage, menamatkan talian U Mobile atau penyelesaian awal untuk UPackage. Untuk melakukannya, pelanggan perlu melakukan pembayaran untuk melangsaikan baki peranti yang tinggal, yang setara dengan harga jualan peranti ditolak jumlah bayaran ansuran yang dibayar setakat ini.
Contoh: Harga Jualan U Mobile untuk Apple iPhone XR 64GB: RM3,270
Penamatan pada Bulan ke-7 (Anda akan dikenakan bayaran sebanyak 8 kali untuk ansuran peranti) RM 3,270 - RM920 (RM115 x 8 ansuran dibilkan) = RM2,350 (Baki jumlah ansuran peranti yang akan dilangsaikan).
Catatan:
Harap maaf, tukar ganti peranti tidak dibolehkah semasa pendaftaran UPackage.
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, anda boleh hubungi kami melalui saluran berikut.
Hubungi kami melalui MyUMobile App.
Hantarkan mesej anda melalui Messenger.
Ada pertanyaan? DM sahaja kami!
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}