iPhone 16
Penjimatan & fleksibiliti yang tiada tandingan untuk iPhone 16 anda melalui pelan U Postpaid baharu. Nikmati ansuran 0% dengan U PayLater. Daftar hari ini!
Pas U Data Roam adalah promosi data perantauan mampu milik yang membolehkan anda menikmati perantauan internet tanpa had di destinasi terpilih apabila anda bersambung ke rangkaian operator pilihan kami semasa anda dalam percutian.
Pas U Data Roam terdiri daripada:
Berikut adalah maklumat ringkas tentang pas:
Pas | U Data Roam 10 (“UDR 10”) |
Harga | RM10/24 jam Sah 24 jam selepas pengaktifan seperti yang akan dinyatakan dalam SMS pengesahan dan MyUMobile App. |
Peruntukan Data Perantauan | Penggunaan data internet tanpa had dengan akses berkelajuan tinggi tanpa had untuk 500MB pertama; namun, sebaik sahaja anda melepasi had 500MB, kelajuan internet akan dikurangkan kepada maksimum 64Kbps. |
Kelayakan Pas | Satu (1) pas bagi setiap satu (1) negara yang terpilih. |
Kaedah Pembelian | UDR 10 akan diaktifkan secara automatik untuk anda jika kami mengesan bahawa anda berada di negara yang terpilih dan menggunakan data tanpa melanggan sama ada UDR 10 Booster atau UDR 36 Booster. |
Negara dan Operator | Sila rujuk https://www.u.com.my/bm/personal/mobile-plans/roaming-idd/roaming#other-plans. |
Pas | U Data Roam 36 (“UDR 36”) |
Harga | RM9 untuk setiap 1MB, dengan caj maksimum RM36/24 jam Sah 24 jam selepas pengaktifan seperti yang akan dinyatakan dalam SMS pengesahan dan MyUMobile App. |
Peruntukan Data Perantauan | Penggunaan data internet tanpa had dengan akses berkelajuan tinggi tanpa had untuk 500MB pertama; namun, sebaik sahaja anda melepasi had 500MB, kelajuan internet akan dikurangkan kepada maksimum 64Kbps. |
Kelayakan Pas | Satu (1) pas bagi setiap satu (1) negara yang terpilih. |
Kaedah Pembelian | UDR 36 akan diaktifkan secara automatik untuk anda jika kami mengesan bahawa anda berada di negara yang terpilih dan menggunakan data tanpa melanggan sama ada UDR 10 Booster atau UDR 36 Booster. |
Negara dan Operator | Sila rujuk https://www.u.com.my/bm/personal/mobile-plans/roaming-idd/roaming#other-plans. |
Pas | U Data Roam 10 Booster (“UDR 10 Booster”) |
Harga | RM10/24 jam Sah 24 jam selepas pengaktifan seperti yang akan dinyatakan dalam SMS pengesahan dan MyUMobile App. |
Peruntukan Data Perantauan | Penggunaan data internet tanpa had dengan akses berkelajuan tinggi tanpa had untuk 500MB pertama; namun, sebaik sahaja anda melepasi had 500MB, kelajuan internet akan dikurangkan kepada maksimum 512Kbps. |
Kelayakan Pas | Satu (1) pas bagi setiap satu (1) negara yang terpilih. |
Kaedah Pembelian | Langganan sendiri melalui MyUMobile App atau UMB *118# |
Negara dan Operator | Sila rujuk https://www.u.com.my/bm/personal/mobile-plans/roaming-idd/roaming#other-plans. |
Pas | U Data Roam 36 Booster (“UDR 36 Booster”) |
Harga | RM36/24 jam Sah 24 jam selepas pengaktifan seperti yang akan dinyatakan dalam SMS pengesahan dan MyUMobile App. |
Peruntukan Data Perantauan | Penggunaan data internet tanpa had dengan akses berkelajuan tinggi tanpa had untuk 500MB pertama; namun, sebaik sahaja anda melepasi had 500MB, kelajuan internet akan dikurangkan kepada maksimum 512Kbps. |
Kelayakan Pas | Satu (1) pas bagi setiap satu (1) negara yang terpilih. |
Kaedah Pembelian | Langganan sendiri melalui MyUMobile App atau UMB *118# |
Negara dan Operator | Sila rujuk https://www.u.com.my/bm/personal/mobile-plans/roaming-idd/roaming#other-plans. |
Pas U Data Roam tersedia untuk semua pelan prabayar dan pascabayar U Mobile, kecuali untuk pelan jalur lebar pascabayar U Mobile.
Ya. Asalkan talian ahli anda mengaktifkan perkhidmatan perantauan antarabangsa, pemegang talian ahli akan dapat menikmati promosi yang sama dengan pemegang talian utama. Walau bagaimanapun, penggunaannya akan dikenakan caj berasingan.
Contohnya, penggunaan U Data Roam 10 di Singapura:
Sekiranya pemegang talian utama dan 1 talian ahli menggunakan perantauan data pada masa yang sama di Singapura ketika mereka menyambung ke STARHUB, talian utama akan dikenakan bayaran RM10 sehari dan tambahan RM10 sehari untuk penggunaan internet oleh talian ahli semasa perantauan.
Pas U Data Roam tersedia di lebih 60 negara, klik di sini untuk menyemak pas yang tersedia untuk destinasi anda.
Anda perlu memastikan perkhidmatan data perantauan anda diaktifkan sebelum anda ke luar negara. Selain itu, anda juga perlu memastikan supaya menyambung kepada rangkaian operator perantauan pilihan berdasarkan negara destinasi anda.
Anda juga boleh melanggan pas U Data Roam melalui MyUMobile App jika anda memerlukan data pantas lebih daripada 500MB sebelum pas sedia ada tamat tempoh.
a. Pascabayar (Warganegara Malaysia):
b. Pascabayar (Bukan Warganegara Malaysia):
c. Prabayar: Perkhidmatan Perantauan Antarabangsa akan pra-aktif untuk semua pelanggan Prabayar.
Ya, anda akan menerima mesej selamat datang yang menyatakan nama dan rangkaian operator perantauan pilihan kami semasa anda tiba di negara destinasi.
Peranti anda tidak akan dapat disambungkan ke internet menggunakan data mudah alih.
Untuk terus menikmati sambungan internet, pastikan anda menyambung talian dengan operator perantauan pilihan U Mobile semasa anda berada di luar negara.
Telefon anda mungkin akan beralih secara automatic ke operator rangkaian lain apabila signal yang lebih kuat dikesan. Kalau keadaan ini berlaku, anda dinasihatkan untuk menyambung secara manual ke operator rangkaian terpilih.
Kami akan memaklumkan anda melalui SMS apabila pas anda telah berjaya diaktifkan, sama ada untuk langganan manual atau auto.
Untuk U Data Roam 10 dan U Data Roam 10 Booster, sebarang penggunaan internet akan dikenakan bayaran tetap RM10 sehari.
Untuk U Data Roam 36 dan U Data Roam 36 Booster, penggunaan internet anda akan dikenakan bayaran tetap RM36 sehari.
Anda dinasihatkan untuk mempunyai jumlah kredit yang diperlukan dalam akaun berdasarkan negara yang ingin anda kunjungi sebelum bertolak.
Contohnya, bila anda tidak mempunyai kredit RM10 dalam akaun baki kredit utama semasa melancong ke negara-negara di mana U Data Roam 10 tersedia, anda tidak dapat menikmati promosi ini. Anda tidak akan dapat melanggan U Data Roam sekiranya kredit tidak mencukupi dalam Baki Kredit Utama. Ini kerana caj U Data Roam hanya dapat ditolak daripada Baki Kredit Utama walaupun anda mempunyai kredit yang mencukupi dalam Baki Credit Share anda.
Anda dinasihatkan untuk menambah nilai sebelum bertolak. Walau bagaimanapun, anda masih boleh menambah nilai dengan baucar tambah nilai ketika perantauan.
Pada masa yang sama, saluran perbankan online juga boleh digunakan untuk tambah nilai ketika perantauan.
SMS penggunaan kuota data perantauan akan dihantar kepada anda setelah anda menggunakan:
Sebagai alternatif, anda boleh menyemak penggunaan pas anda dan tamat tempoh melalui MyUMobile App.
Kami menawarkan data tanpa had dengan Dasar Penggunaan Adil (FUP). Apabila mencapai had FUP, anda akan dimaklumkan dan akan melayari internet dengan kelajuan yang dikurangkan.
Penggunaan saksama ialah 500MB/24 jam selepas pengaktifan berjaya dan kuota tanpa had pada kelajuan yang dikurangkan sehingga pas tamat tempoh.
Tidak, tiada caj tambahan dikenakan. Sebaik sahaja anda telah mencapai had Dasar Penggunaan Adil, anda akan melayari internet pada kelajuan yang dikurangkan.
Ya, anda boleh menambah kelajuan penggunaan internet anda dengan membeli pas U Data Roam baharu (U Data Roam 10 Booster / U Data Roam 36 Booster) melalui MyUMobile app atau melalui UMB *118#
Tiada had untuk bilangan pas yang anda boleh beli dalam sehari; setiap pas mempunyai tempoh sah selama 24 jam.
Di negara yang sama:
Tidak kira operator mana yang dipilih atau diaktifkan pada hari yang sama, anda tetap dikenakan bayaran RM10/hari atau RM36/hari.
Contohnya:
Sekiranya perantauan di India dan anda memilih untuk menukar antara 2 operator - Aircel dan Reliance - pada hari yang sama, anda tetap dikenakan bayaran RM10/hari.
Di negara berlainan tapi pada hari yang sama:
Anda akan dikenakan bayaran RM10/hari atau RM36/hari untuk setiap negara yang dilawati.
Contohnya:
Sekiranya perantauan di Singapura pada waktu pagi dan kemudian di Indonesia pada hari yang sama, anda akan dikenakan bayaran secara berasingan untuk kedua-dua negara - RM10/hari (Singapura) dan RM10/hari (Indonesia).
Tidak, ia hanya digunakan untuk perantauan.
Tidak, anda tidak akan dapat menggunakan data perantauan di negara yang tidak terpilih dalam pas U Data Roam.
Anda dinasihati supaya mencari alternatif apabila melancong ke negara yang tidak termasuk dalam pas U Data Roam.
Ya, anda boleh membeli pas U Data Roam dan pas Prepaid Travel pada masa yang sama.
Jika kedua-dua pas Prepaid Travel dan Pas U Data Roam aktif, penggunaan data akan digunakan daripada pas yang mempunyai tempoh sah yang lebih singkat.
Tidak. Anda tidak akan dapat menggunakan data perantauan yang diperuntukkan untuk U Data Roam 10 Booster kerana destinasi perjalanan yang anda berada hanya layak dalam destinasi terpilih U Data Roam 36/ U Data Roam 36 Booster.
Walau bagaimanapun, anda akan diperuntukkan secara automatik U Data Roam 36 semasa ketibaan kerana anda tidak mempunyai pas aktif yang layak.
Tidak, anda tidak akan dapat bayaran balik kerana pas U Data Roam tersalah beli.
Anda dinasihati supaya menyemak destinasi bagi pas U Data Roam yang berbeza sebelum membeli.
Caj perantauan antarabangsa tertakluk kepada 6% SST berkuat kuasa mulai 1 Sept 2018 sehingga kini.
Kemaskini Terakhir: 11 Oktober 2023
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, anda boleh hubungi kami melalui saluran berikut.
Hubungi kami melalui MyUMobile App.
Hantarkan mesej anda melalui Messenger.
Ada pertanyaan? DM sahaja kami!
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}