
Pra-tempah Keluarga iPhone 15 Pro dan iPhone 15
Dapatkan iPhone 15 series yang terkini dengan pelan U Postpaid Terunggul 5G, dari sekarang sehingga 28 September 2023. Pra-Tempah di U Mobile hari ini!
Kedua-dua Booster Kelajuan 2 Jam & 24 Jam adalah booster tambahan untuk memberi kelajuan tinggi untuk data anda. Ianya sah untuk 2 jam atau 24 jam dan talian prabayar anda haruslah aktif untuk menikmati booster ini.
Booster Kelajuan 2 Jam & 24 Jam tidak memberikan sebarang kuota data tambahan untuk pelan data anda, tetapi ia memberikan kelajuan tanpa had untuk data sedia ada, contoh seperti di bawah:
Prabayar U25 sahaja | Prabayar U25 + 2 Jam Speed Booster | Prabayar U25 + 24 Jam Speed Booster | |
---|---|---|---|
Data | Tanpa Had (FUP 30GB) | Tanpa Had (FUP 30GB) | Tanpa Had (FUP 30GB) |
Kelajuan | Dihadkan pada 3 Mbps | Kelajuan Pantas (2 Jam) | Kelajuan Pantas (24 Jam) |
Nota Penting: Bagi pelan data dengan Fair Usage Policy (FUP) seperti Pelan Prabayar U, apabila pelan telah mencapai kuota FUP, kelajuan anda akan kekal pada 512 kbps walaupun anda melanggan Booster Kelajuan 2 Jam atau 24 Jam.
Booster Kelajuan 2 Jam & 24 Jam boleh diaktifkan jika anda mempunyai salah satu pelan data tanpa had berikut:
Kedua-dua Booster Kelajuan 2 Jam & 24 Jam adalah langganan sekali sahaja yang tidak akan diperbaharui secara automatik.
Booster Kelajuan 2 Jam & 24 Jam hanya boleh digunakan dengan telefon pintar. Kuota ini tidak boleh digunakan untuk hotspot atau dalam MiFi Dongle atau mana-mana penghala (router).
Booster Kelajuan 2 Jam & 24 Jam boleh diaktifkan seberapa banyak kali yang anda mahu selagi anda mempunyai talian prabayar yang aktif & pelan data tanpa had yang aktif.
Walau bagaimanapun, perlu diingat untuk langganan berulang, langganan dengan tarikh luput terkini akan menggantikan langganan sebelumnya.
Anda tidak akan dapat menggunakan Booster Kelajuan 2 Jam atau 24 Jam anda tanpa pelan data tanpa had yang aktif. Anda perlu melanggan semula pelan data tanpa had untuk menggunakan Booster Kelajuan 2 Jam atau 24 Jam.
Anda tidak akan dapat menggunakan Booster Kelajuan 2 Jam atau 24 Jam tanpa pelan data tanpa had yang aktif. Anda perlu melanggan semula pelan data tanpa had untuk menggunakan Booster Kelajuan 2 Jam atau 24 Jam.
Langkah 1: Buka Aplikasi MyUMobile & klik "Add-Ons"
Langkah 2: Pergi ke "High Speed", pilih "2 Hours Speed Booster" atau "24 Hours Speed Booster" dan sahkan pembelian anda.
Tiada had penggunaan pada penggunaan data. Anda boleh nikmati kelajuan data yang dipertingkatkan selama 2 jam atau 24 jam untuk melakukan penstriman video, permainan dalam talian atau sebarang aktiviti mudah alih yang menggunakan data.
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, anda boleh hubungi kami melalui saluran berikut.
MyUMobile App
Hubungi kami melalui MyUMobile App.
Hantarkan mesej anda melalui Messenger.
Twit pertanyaan anda dan kami akan berhubung dengan anda secepat mungkin.
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}