Syarat Pendaftaran Prabayar U Mobile
Memenuhi Syarat Umur
Anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
Patuhi Had Pemilikan Kad SIM
Anda mestilah mempunyai kurang daripada 5 kad SIM yang didaftarkan atas nama anda.
Mempunyai Dokumen Pengenalan Diri yang Sah
Anda mestilah mengemukakan dokumen pengenalan diri asal yang sah semasa pendaftaran. Dokumen pengenalan diri yang diterima ialah:
- Kad Pengenalan (MyKad) untuk warganegara Malaysia
- Kad Pengenalan untuk Penduduk Tetap
- Kad Pengenalan Angkatan Tentera Malaysia/Polis
- Kad Pengenalan Sementara (MyKas)
Langkah Pendaftaran Kendiri yang Pantas & Mudah
Langkah 1
Buka aplikasi U Mobile dan ketik Dapatkan Talian Baharu & Pendaftaran Kendiri.
Langkah 2
Ambil gambar kod pada kad SIM anda.
Langkah 3
Ambil gambar dokumen pengenalan diri anda dan semak maklumat anda.
Langkah 4
Anda akan menerima notifikasi untuk melengkapkan pengesahan elektronik (e-pengesahan) melalui MyDigital ID.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang MyDigital ID, sila rujuk Pendaftaran Kendiri MyDigital ID.
Langkah 5
Tekan ikon kamera dan imbas wajah anda.
Langkah 6
Anda akan menerima SMS pengesahan sebaik sahaja SIM anda diaktifkan.
Pendaftaran SIM ULTRA Prepaid
Bagi bukan warganegara Malaysia, sila sediakan pasport yang dilengkapi NFC dan dapatkan bantuan daripada kakitangan di cawangan tempat anda membeli Pek SIM untuk melengkapkan proses pendaftaran.
Semak lokasi cawangan terdekat anda DI SINI.
Nota: Bagi pendaftaran Prabayar tanpa Permit Kerja atau visa Pelajar yang sah, talian mudah alih hanya boleh kekal aktif untuk tempoh maksimum 90 hari.
Syarat Pendaftaran Prabayar U Mobile
Memenuhi Syarat Umur
Anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
Patuhi Had Pemilikan Kad SIM
Anda hanya boleh mempunyai maksimum 2 kad SIM yang didaftarkan atas nama anda.
Sediakan Pasport Asal
Anda mestilah mengemukakan pasport asal yang masih sah semasa pendaftaran.
Sediakan Dokumen Pengenalan Diri yang Sah
Anda mestilah mengemukakan dokumen asal yang sah, seperti:
- Permit Kerja
- Kad Pengenalan Pelajar
- Pengesahan Tempahan Hotel / Penginapan