
Tiada Bayaran Selama 6 Bulan
Miliki iPhone 16e, 15 Pro, 15 atau 13 & bayar RM0 untuk 6 bulan pertama. Dapatkan perayauan global percuma & 1,000GB data 5G berkelajuan tinggi pada peranti baru anda, hanya dengan U Mobile.
Naik taraf pelan U Mobile Pascabayar anda dengan mudah melalui MyUMobile App atau Kedai Dalam Talian hari ini!
Langkah 1
Log masuk ke MyUMobile App dan tekan "Naik Taraf Pelan" pada skrin utama.
Log in to the MyUMobile App and tap “Upgrade Plan” on the home screen.
Langkah 2
Semak keperluan naik taraf pelan dan tekan "Mula" untuk meneruskan.
Langkah 3
Pilih Pelan Pascabayar pilihan anda dan tekan "Naik Taraf Sekarang" untuk sahkan.
Langkah 4
Setelah naik taraf pelan anda berjaya, tekan "Kembali ke App" untuk kembali ke skrin utama dan lihat butiran pelan baharu anda.
Langkah 1
Lawati Stor Online kami, pilih pelan yang anda inginkan, dan klik "Upgrade Your Plan" untuk meneruskan.
Langkah 2
Memulakan pesanan anda dan teruskan dengan Pengesahan.
Langkah 3
Pilih nombor dan akaun yang ingin anda naik taraf, kemudian isi butiran peribadi dan bil anda.
Langkah 4
Semak butiran pesanan anda, lengkapkan pembayaran, dan pelan anda akan berjaya dinaik taraf. Anda akan menerima e-mel pengesahan sebentar lagi.
Anda boleh menukar pelan kadar anda di mana-mana Stor U Mobile atau melalui saluran layan diri seperti MyUMobile App atau Stor Dalam Talian.
Anda boleh menukar talian utama anda kepada talian kongsi di bawah akaun sedia ada anda. Jika anda ingin menukar talian kongsi anda kepada talian utama, anda perlu berkunjung ke mana-mana stor U Mobile untuk melakukan perubahan tersebut.
Anda boleh menukar pelan kadar anda maksimum 6 kali dalam setahun, tanpa mengira saluran yang digunakan untuk menukar pelan kadar. Setiap pertukaran pelan kadar tertakluk kepada tempoh penggunaan minimum.
Tempoh penggunaan minimum adalah tempoh 90 hari selepas pelanggan Pascabayar menukar pelan. Sepanjang tempoh ini, pelanggan dikehendaki kekal pada pelan yang sama dan hanya boleh menurun taraf atau beralih ke pelan Prabayar selepas tempoh 90 hari. Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh menaik taraf ke pelan yang lebih tinggi untuk menikmati manfaat yang lebih baik atau mendaftar untuk peranti baharu dengan U Mobile.
Semua pelanggan Prabayar U Mobile layak.
Anda boleh menyemak maklumat peribadi anda melalui MyUMobile App.
Langkah-langkahnya:
Muat turun MyUMobile App > Pergi ke "Profile Saya” > Klik pada "Edit" > Edit/Isi tempat kosong > Klik pada "Simpan".
Sebagai alternatif, jika anda mengunjungi Stor U Mobile untuk melakukan peningkatan taraf, anda boleh mengemas kini butiran anda semasa proses tersebut.
Anda boleh naik taraf dari pelan Prabayar sedia ada anda ke mana-mana pelan Pascabayar kami yang berikut:
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}