Panduan Pendaftaran Prabayar
Dapatkan segera pendaftaran ULTRA Prepaid yang lebih lancar
Sekiranya maklumat pendaftaran anda seperti Nama, Nombor ID dan Alamat didapati tidak tepat, anda:
- Akan menerima panggilan dan SMS daripada wakil Khidmat Pelanggan kami
- Perlu mengunjungi Stor U Mobile terdekat untuk mengemas kini maklumat anda.
- Mungkin mengalami gangguan perkhidmatan sekiranya tidak mengemas kini data.
Kelayakan Mendaftar Prabayar U Mobile
Menepati Had Umur
Anda mestilah berusia sekurang-kurangnya 18 tahun.
Mematuhi Had Kad SIM
Anda mempunyai kurang daripada 5 kad SIM yang didaftarkan di bawah nama anda.
Mempunyai Dokumen Pengenalan Diri yang Sah
Anda perlu mengemukakan kad pengenalan asal dan sah semasa pendaftaran. Kad pengenalan yang diterima adalah:
• Kad Pengenalan Malaysia (MyKad)
• Kad Pengenalan Teta
• Kad Pengenalan Angkatan Tentera Malaysia/Polis Diraja Malaysia
• Kad Pengenalan Sementara (MyKas)
Menepati Had Umur
Anda mestilah berusia sekurang-kurangnya 18 tahun.
Mematuhi Had Kad SIM
Anda hanya boleh mempunyai maksimum 2 kad SIM yang didaftarkan atas nama anda.
Mempunyai Pasport Asal
Anda mesti membawa passport asal yang sah semasa pendaftaran.
Dokumen Sokongan yang Sah
Anda mesti mengemukakan dokumen asal yang sah, seperti:
• Permit Kerja
• Kad Pengenalan Pelajar
• Tempahan Hotel / Pengesahan Tempahan
Lebih Banyak Cara untuk Berhubung
Soalan Lazim
Pelanggan perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri asal semasa pendaftaran untuk tujuan pengesahan:
|
Kategori Pelanggan |
Dokumen Pengenalan Diri Asal yang Diperlukan |
|
Warganegara Malaysia |
Kad Pengenalan (“MyKad”) Kad Pengenalan Angkatan Tentera Malaysia (“MyTentera”) |
|
Pemastautin Tetap |
Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (“MyPR”) |
|
Pemastautin Sementara |
Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (“MyKAS”) |
|
Bukan Warganegara (pekerja / pelajar) |
a. Pasport dari negara asal; b. Permit kerja; atau c. Pas pelajar |
|
Bukan Warganegara (pelancong) |
a. Pasport dari negara asal; b. Dokumen visa (jika berkenaan) |
|
Bukan Warganegara – pemegang dokumen IMM13 |
a. Dokumen IMM13 asal (disahkan oleh IDM) b. Resit pembaharuan (jika ada) |
Harap maklum bahawa salinan fotokopi, foto atau salinan imbasan dokumen pengenalan diri tidak boleh digunakan untuk tujuan pendaftaran atau pengesahan.
|
Pendaftaran Dengan Bantuan (Pusat Pengalaman U Mobile / Penjual Sah U Mobile) |
Warganegara Malaysia / Pemastautin Tetap / Pemastautin Sementara |
Pembaca MyKad dengan pengesahan biometrik – cap jari |
|
Bukan Warganegara Malaysia |
Pembaca pasport dengan pengesahan biometrik – pengecaman wajah |
|
|
Pemegang dokumen IMM13 |
Pengesahan berdasarkan dokumen IMM13 asal |
|
|
Pendaftaran Kendiri |
Warganegara Malaysia |
Pengimbasan dokumen pengenalan diri & pengesahan identiti menggunakan MyDigital ID |
Tidak, pelanggan yang berumur bawah 18 tahun tidak layak untuk melakukan pendaftaran kendiri.
Untuk mendaftar talian Prabayar baharu, sila kunjungi Pusat Pengalaman U Mobile atau Penjual Sah U Mobile yang terdekat bersama ibu bapa, penjaga atau orang dewasa yang bertanggungjawab. Sila pastikan kedua-dua pihak membawa dokumen pengenalan diri yang sah.
Cari Kedai U Mobile yang terdekat.