Ia adalah perkhidmatan penghantaran pesanan online yang telah anda buat di laman web U Mobile dalam masa 24 jam.
Apa perbezaan dengan perkhidmatan Standard Delivery?
Untuk Standard Delivery, kami biasanya akan menghantar pesanan anda dalam masa 3-5 hari bekerja.
Bagaimana cara untuk pilih Express Delivery bila saya buat pesanan?
Layari laman web U Mobile, klik ‘Buy Now’ di bahagian atas laman dan pilih ‘Express’. Kemudian buat pesanan anda di laman yang dipaparkan.
Adakah saya boleh tukar ke Express Delivery selepas pesanan/pembelian dibuat dengan Standard Delivery?
Maaf, anda tidak dapat meminta untuk bertukar ke Express Delivery selepas anda melengkapkan pembelian dengan Standard Delivery.
Adakah terdapat caj tambahan untuk Express Delivery?
Kami mungkin mengenakan yuran penghantaran minimum untuk perkhidmatan ini. Bayaran yang dikenakan akan ditunjuk dalam pecahan pembayaran semasa anda membuat pesanan.
Bolehkah saya buat pesanan untuk peranti sahaja?
Tidak boleh, hanya pesanan untuk Peranti + Pelan yang tersedia.
Adakah Express Delivery tersedia untuk pelanggan Switch to U?
Maaf, Express Delivery tidak tersedia untuk pelanggan Switch to U.
Saya pesan beberapa barang di laman web Ekspres Delivery tetapi bayaran tidak diambil. Adakah ini perkara biasa?
Ya. Untuk Express Delivery, pembayaran diambil selepas penghantaran.
Apakah mod pembayaran yang diterima?
Sila bayar dengan wang tunai atau pindahan perbankan online ke akaun yang disediakan oleh wakil U Mobile kami yang sah semasa penghantaran. Resit sementara akan dikeluarkan semasa pembayaran dan resit rasmi akan dihantar melalui email kepada anda dalam masa 2 jam.
Bilakah saya dapat pilih nombor U Mobile baharu yang saya mahukan jika saya pilih untuk daftar nombor baharu?
Anda akan dapat memilih nombor U Mobile baharu apabila anda dihubungi oleh wakil U Mobile kami yang sah.
Apa yang akan berlaku selepas saya hantar pesanan secara online?
Anda akan menerima SMS dari kami dalam masa 30 minit setelah pesanan diterima. Sekiranya pesanan anda dibuat selepas jam 6:00 petang, anda akan menerima SMS pada jam 11:00 pagi keesokan harinya.
Bagaimana cara untuk saya semak status pesanan?
Terdapat pautan dalam SMS yang dihantar kepada anda selepas pesanan disahkan. Klik pada pautan untuk memeriksa status pesanan anda.
Siapa yang akan hantar pesanan saya?
Wakil U Mobile sah kami akan menyampaikan pesanan anda.
Bagaimana untuk tahu bila pesanan saya akan dihantar?
Setelah pesanan anda disahkan, wakil U Mobile kami yang sah akan menghubungi anda untuk membuat urusan penghantaran.
Bolehkah wakil terima pesanan bagi pihak saya?
Tidak, hanya penerima yang dinyatakan dalam pesanan boleh menerima pesanan. Anda perlu mempamerkan pengenalan diri semasa penghantaran dibuat untuk pendaftaran pelan.
Apa yang akan berlaku jika saya terlepas penghantaran?
Wakil U Mobile kami yang sah akan menghubungi anda untuk urusan penghantaran kedua. Sekiranya penghantaran gagal sekali lagi, anda diminta menghubungi wakil U Mobile untuk pengambilan sendiri.
Lebih Banyak Cara untuk Berhubung
MyUMobile App atau media sosial, kami berada di hujung jari anda.
Kami menggunakan kuki untuk memberikan pengalaman terbaik dengan menyediakan kandungan paling relevan untuk anda. Klik 'Teruskan' untuk menikmati prestasi optimum. Lihat Notis Privasi kami untuk info lanjut.