
Pelan Pascabayar
Temui pelan Pascabayar terbaharu kami, Pelan Pascabayar 38 yang dilengkapi dengan 30GB Data Pantas dan Panggilan TANPA HAD. Dapatkan sekarang dari RM38/bulan!
GoLife adalah pelan insurans hayat jangka panjang yang boleh diperbaharui dengan perlindungan sehingga 50 tahun.
Ia memberikan faedah sekaligus sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal (“TPD”) terhadap nyawa yang dijamin berpunca daripada beberapa sebab. Sila rujuk pada helaian pendedahan produk untuk maklumat lanjut.
GoLife ditawarkan secara eksklusif kepada pelanggan U Mobile berikut:
GoLife adalah pelan insurans yang boleh diperbaharui setiap bulan yang memberikan perlindungan sehingga umur 50 tahun.
Buat masa ini ada dua pelan yang ditawarkan, iaitu GoLife 5 dan GoLife 10. Anda boleh rujuk jadual di bawah untuk faedah berikut:
Perlindungan |
GOLIFE 5 |
GOLIFE 10 |
Kematian / Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal |
RM18,000 |
RM38,000 |
Kematian / Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal disebabkan oleh Demam Denggi, Demam Chikungunya, Malaria, Japanese Encephalitis, Avian Influenza dan Jangkitan Virus Zika |
2x perlindungan = RM36,000 |
2x perlindungan = RM76,000 |
Tempoh Perlindungan |
Perlindungan boleh diperbaharui setiap bulan dan akan luput apabila pemegang polisi mencapai usia 50 tahun. |
|
Premium |
RM5 sebulan |
RM10 sebulan |
Anda boleh membeli GoLife melalui U Mobile Self Care Portal atau Aplikasi MyUMobile dengan memilih tab insurans dan mengikut arahan yang diberikan.
Premium bulanan akan ditolak dari akaun prabayar anda sekiranya anda adalah pelanggan prabayar. Untuk pelanggan pascabayar, ia akan ditunjukkan dalam bil pascabayar anda. GoLife akan diperbaharui secara automatik setiap bulan dengan syarat premium bulanan berjaya dicaj melalui akaun U Mobile anda.
Tidak boleh. Setiap pelanggan hanya boleh membeli GoLife 5 atau GoLife 10 dalam satu masa.
Pada masa ini, tiada pilihan untuk anda menaik atau menurunkan taraf. Untuk mengubah pelan, anda boleh membatalkan GoLife 5 sedia ada dan membeli GoLife 10. Walau bagaimanapun, bayaran balik tidak akan diberikan dan perlindungan GoLife 5 akan berakhir pada tarikh akhir premium berikutnya.
Contohnya, jika anda membeli GoLife 5 pada 1 Januari 2018 dan ingin menghentikan pelan pada 15 April 2018, perlindungan sedia ada hanya akan sah sehingga 30 April 2018.
Nota: Anda dinasihatkan untuk mengkaji dengan meneliti jumlah premium dan perlindungan sebelum membeli sebarang pelan.
Free Look Period adalah istilah yang membolehkan anda membatalkan rancangan insurans dalam 15 hari pertama dari tarikh penghantaran e-sijil pertama. Dalam tempoh tersebut, kami akan membayar balik secara penuh premium yang dibayar dengan mengkreditkan jumlah tersebut ke dalam akaun prabayar atau menjadikannya sebagai rebat dalam bil pascabayar.
Untuk GoLife, kami menawarkan 60-day Satisfaction Guaranteed Period di mana kami membayar balik secara penuh premium yang dibayar dalam tempoh 60 hari dari tarikh premium pertama dikenakan ("Satisfaction Guaranteed Period") dan bukannya tempoh 15 hari biasa. Satisfaction Guaranteed Period ini akan dikenakan secara automatik kecuali diberitahu sebaliknya.
Tidak. Anda hanya perlu mengisi borang soal selidik kesihatan yang ringkas.
Tiada pengecualian di bawah pelan ini.
Premium GoLife tidak dikenakan GST seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014. Ia mungkin berubah tertakluk pada arahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
GOLIFE adalah pelan perlindungan tulen dan tidak memberikan nilai serahan tunai.
Ya, anda boleh boleh membuat tuntutan untuk pelepasan cukai pendapatan peribadi. Ini bergantung kepada keputusan akhir Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Setelah berjaya membeli GoLife, anda akan menerima pengesahan e-mel atau SMS dan e-sijil dari SLMA dalam masa 2 hari bekerja dari tarikh pembelian.
Anda juga boleh memuat turun helaian pendedahan produk, ringkasan sijil dan polisi induk dari laman web SLMA di https://www.sunlifemalaysia.com/golife/ ("Laman web SLMA") atau dari laman web U Mobile di http://u.com.my/golife .
Pertama, isi borang pencalonan yang boleh dimuat turun dari laman web SLMA. Kemudian hantarkan borang pencalonan yang lengkap secara manual ke ibu pejabat SLMA atau secara dalam talian. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.sunlifemalaysia.com/customer-care/make-a-service-request/insurance/ . Cara alternatif adalah dengan menghubungi talian pelanggan SLMA di talian 1300-88-5055 atau hantarkan e-mel ke wecare@sunlifemalaysia.com untuk mendapatkan bantuan.
Borang tuntutan boleh dimuat turun dari laman web SLMA. Untuk membuat tuntutan, hantarkan borang tuntutan yang lengkap dan dokumen yang diperlukan ke ibu pejabat SLMA atau melalui dalam talian. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.sunlifemalaysia.com/customer-care/make-a-claim. Cara alternatif adalah dengan menghubungi talian pelanggan SLMA di talian 1300-88-5055 atau hantarkan e-mel ke wecare@sunlifemalaysia.com.
Ya. Kami menawarkan Satisfaction Guaranteed Period yang membolehkan anda membatalkan rancangan dan menerima bayaran balik dana penuh dari premium yang telah dibayar.
Sekiranya anda membatalkan pelan pada bila-bila masa selepas Satisfaction Guaranteed Period, anda akan mendapat perlindungan insurans sehingga tarikh pembayaran premium berikutnya. Tiada nilai tunai atau premium prarata akan dikembalikan. Anda boleh membatalkan pelan dengan menghubungi talian khidmat pelanggan SLMA, talian khidmat pelanggan U Mobile, U Mobile Self Care Portal atau Aplikasi MyUMobile.
Anda boleh menghubungi talian khidmat pelanggan SLMA di 1300-88-5055 atau hantarkan e-mel ke wecare@sunlifemalaysia.com.
Ya. Pelan GoLife anda tetap sah dan anda boleh menyemak status GoLife melalui U Mobile Self Care Portal atau Aplikasi MyUMobile.
Tidak. Pelan GoLife anda akan ditamatkan sekiranya pemilikan akaun pascabayar atau prabayar U Mobile dipindahkan.
Ya. Pelan GoLife anda tetap sah. Anda boleh memeriksa status pelan melalui U Mobile Self Care Portal atau Aplikasi MyUMobile.
Tidak. Pelan GoLife akan ditamatkan pada tarikh akhir premium kerana ia hanya ditawarkan kepada pemegang talian utama.
Tidak. Pelan GoLife akan ditamatkan jika anda menghentikan talian U Mobile atau keluar daripada rangkaian U Mobile.
Tidak. Anda hanya boleh membeli pelan GoLife untuk diri sendiri. Anak lelaki anda boleh membeli pelan GoLife jika dia memenuhi syarat kelayakan untuk pelan tersebut dengan mendaftar sebagai pemegang talian utama U Mobile.
Pelan GoLife hanya ditawarkan untuk pemegang talian utama individu. Untuk melanggan pelan ini, anda perlu mendaftar sebagai pemegang utama U Mobile yang baharu dengan nama anda.
Tidak. Pelan GoLife anda akan ditamatkan. Anda boleh membeli pelan GoLife baharu menggunakan nombor telefon bimbit baharu, dengan syarat memenuhi kriteria kelayakan seperti yang ditetapkan di soalan 1. Walau bagaimanapun, tidak akan ada bayaran balik untuk nilai tunai dan premium prorata untuk pelan GoLife yang dibeli dengan nombor sebelumnya.
Anda boleh melihat sejarah maklumat pelan GoLife terakhir yang dibeli dan perincian pembayaran berkaitan melalui U Mobile Self Care Portal atau Aplikasi MyUMobile. Semua butiran akan dipaparkan di bawah "Sijil Saya".
Sila pastikan semua maklumat peribadi anda lengkap dan tepat sebelum membuat pembelian. Anda perlu mengemas kini SLMA atau U Mobile sekiranya terdapat perubahan pada butiran peribadi selepas membeli pelan tersebut. Ambil perhatian bahawa SLMA atau U Mobile mungkin akan menasihatkan anda untuk membatalkan pelan sedia ada dan melanggan semula pelan baharu, jika perlu.
Untuk pertanyaan berkaitan perlindungan dan tuntutan e-sijil GoLife, sila hubungi talian khidmat pelanggan SLMA di 1300-88-5055 dari jam 8.30 pagi - 5.30 malam, Isnin hingga Jumaat atau hantarkan e-mel ke wecare@sunlifemalaysia.com.
Sila pastikan talian U Mobile anda aktif semasa meminta bayaran balik premium yang berada dalam Satisfaction Guaranteed Period. Segala permintaan untuk bayaran balik tidak akan dilayan jika talian anda telah ditangguhkan atau ditamatkan.
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, anda boleh hubungi kami melalui saluran berikut.
MyUMobile App
Hubungi kami melalui MyUMobile App.
Hantarkan mesej anda melalui Messenger.
Twit pertanyaan anda dan kami akan berhubung dengan anda secepat mungkin.
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}