Adakah U Postpaid 68 dan U Postpaid 98 disertakan data dan panggilan perayauan percuma?
Ya, U Postpaid 68 and U Postpaid 98 memberikan anda perayauan global 15GB dan panggilan masuk tanpa caj tambahan di 63 destinasi popular.
Bagaimana untuk saya menikmati data perantauan dan panggilan masuk tanpa had?
Anda hanya perlu melanggan pelan U Postpaid 68 atau U Postpaid 98.
Berapakah yang perlu saya bayar untuk data perantauan dan menerima panggilan masuk apabila di luar negara?
Ia adalah percuma.
Berapakah kuota data perantauan yang akan saya dapat?
Pelan Pascabayar
U Postpaid 68*
U Postpaid 98
Postpaid 68 V1**
Caj Bulanan
RM68
RM98
RM68
Perantauan Data
Kongsi daripada data bulanan (500GB)
Singapore, Thailand dan Indonesia
RM15GB/bulan PERCUMA
di 63 Destinasi
RM15GB/bulan PERCUMA
di 63 Destinasi
Panggilan Masuk di Perantauan
PERCUMA di Sesetengah Destinasi Perantauan
*U Postpaid 68 merujuk kepada pelan U Postpaid 68 yang baharu yang didaftarkan mulai 1 September 2023 dan seterusnya.
**U Postpaid 68 V1 merujuk kepada pelan U Postpaid 68 yang lama dan didaftarkan sebelum 1 September 2023.
Bolehkah saya menggunakan 500GB data di Singapura, Thailand dan Indonesia jika saya adalah pelanggan U Postpaid 68?
Ya, jika anda mendaftar U Postpaid 68 dari 1 September 2023 dan ke atas, anda dibenarkan menggunakan kuota data bulanan anda apabila anda roaming di Singapura, Thailand dan Indonesia tanpa caj tambahan.
Adakah pelan U Postpaid 68 dan U Postpaid 98 disertakan dengan kuota SMS?
Kuota SMS percuma apabila di luar negara tidak disertakan dengan pelan U Postpaid 68 dan U Postpaid 98.
Adakah kuota data perantauan percuma ini boleh dikongsi dengan talian tambahan saya?
Maaf, tidak boleh. Kuota ini hanya eksklusif untuk talian utama.
Adakah saya perlu berada di rangkaian tertentu untuk merantau/menerima panggilan masuk dengan percuma?
Ya anda perlu bersambung ke rangkaian perantauan pilihan kami apabila anda menggunakan perantauan data di destinasi terpilih.
Bagaimana untuk semak baki kuota data perantauan saya?
Anda boleh semak baki kuota anda melalui aplikasi MyUMobile, atau dail *118*6#.
Adakah saya akan menerima notifikasi SMS berkenaan baki kuota data perantauan saya?
Ya, anda akan menerima notifikasi SMS apabila telah melebihi 80% dan 100% daripada kuota.
Apa akan berlaku bila data perantauan saya habis digunakan dan saya terus menggunakan perantauan?
Anda secara automatik akan melanggan ke Pas Perantauan 24-Jam RM38 atau Pas Perantauan 24-Jam RM15 bergantung kepada destinasi setiap negara.
Apa perlu saya lakukan untuk mengelak dari dikenakan caj Pas Perantauan 24-Jam RM38 atau Pas Perantauan RM15?
Anda boleh membeli pas perantauan berbilang hari kami untuk mengelakkan caj harian dan meneruskan perantauan data. Sebagai alternatif, anda boleh mematikan "Data Roaming" dalam tetapan telefon anda sebelum kuota Perantauan Data percuma anda habis.
Bolehkah saya mendapat panggilan perantauan masuk percuma dengan semua pelan Pascabayar U Mobile?
Panggilan masuk antarabangsa boleh didapati dengan pelan kadar pascabayar U Postpaid 68 & U Postpaid 98.
Berapakah minit yang saya dapat untuk panggilan masuk?
Adakah panggilan masuk tanpa had di luar negara termasuk membuat panggilan suara keluar atau SMS semasa perantauan?
Tidak, panggilan suara keluar dan SMS semasa perantauan adalah bukan percuma.
Apakah destinasi dan rangkaian perantauan pilihan yang layak untuk pengguna U Postpaid 68 dan 98 untuk menggunakan kuota internet percuma pada 5G?
Pelanggan U Postpaid 68 yang mendaftar mulai 1 September 2023 dan seterusnya boleh menggunakan kuota internet percuma dan panggilan perayauan masuk percuma di negara Singapura, Thailand dan Indonesia.
Apakah destinasi dan rangkaian perantauan pilihan yang layak untuk pengguna U Postpaid 68 V1 dan U Postpaid 98 untuk menggunakan kuota internet percuma pada 5G?
Sila rujuk di sini untuk menyemak destinasi yang tersedia untuk menggunakan kuota internet percuma pada 5G.
Apa akan berlaku jika saya bersambung ke rangkaian bukan pilihan?
Berapa banyak yang perlu saya bayar untuk data perayauan dan penerimaan panggilan masuk semasa di luar negara?
Tiada sebarang caj tambahan untuk perayauan data atau panggilan masuk di 63 destinasi terpilih dengan U Postpaid 68 dan U Postpaid 98.
Adakah pelan U Postpaid 68 dan U Postpaid 98 disertakan dengan kuota SMS percuma semasa di luar negara?
Tidak, mereka tidak disertakan dengan kuota SMS percuma.
Bolehkah saya mendapatkan panggilan masuk antarabangsa percuma dengan semua pelan Pascabayar U Mobile?
Perayauan panggilan masuk antarabangsa tanpa had boleh didapati dengan kadar pelan pascabayar U Postpaid 68 & U Postpaid 98.
Semua panggilan masuk di 63 destinasi terpilih adalah percuma apabila anda melanggan kepada U Postpaid 68 dan U Postpaid 98.
Apakah destinasi-destinasi terpilih dan rangkaian perayauan pilihan yang layak untuk panggilan masuk dan perayauan global 15GB percuma semasa di luar negara?
Kami menggunakan kuki untuk memberikan pengalaman terbaik dengan menyediakan kandungan paling relevan untuk anda. Klik 'Teruskan' untuk menikmati prestasi optimum. Lihat Notis Privasi kami untuk info lanjut.