Menangi iPhone Baharu Setiap Tahun
Berpeluang untuk memenangi iPhone baharu setiap tahun dengan iPhone for Life. Beli mana-mana iPhone untuk menyertai peraduan. Ketahui lebih lanjut.
Ya, anda boleh tingkatkan had laju daripada data tanpa had (termasuk untuk penstriman video dan muzik) dengan melanggan Turbo Booster, yang sah selama 24 jam, dengan hanya RM5. Tambahan ini hanya tersedia untuk pelan data GX12, GX30 dan GX38.
Anda akan menikmati ciri peningkatan data tanpa had pada 6Mbps dan data hotspot 6GB pada kitaran pembaharuan seterusnya.
GX12 dan GX30 ialah servis langganan data mudah alih untuk pelan Prabayar. Tempoh sah GX12 ialah 7 hari, manakala GX30 selama 30 hari. GX12 dilengkapi dengan Data Tanpa Had berkelajuan 3Mbps, Panggilan Tanpa Had ke semua rangkaian, dan Data Hotspot 1GB Percuma. GX30 pula dilengkapi Data Tanpa Had 6Mbps dan 6GB Data Hotspot. Talian Prabayar anda perlulah kekal aktif untuk menikmati pelan ini.
Anda boleh menggunakan Data Tanpa Had untuk semua jenis penggunaan di telefon pintar, termasuk melayari web; media sosial; perkhidmatan video dan penstriman seperti Twitch; perkhidmatan penstriman muzik seperti Joox, Spotify dan Apple Music; e-mel dan banyak lagi.
Anda boleh menggunakan Panggilan Tanpa Had untuk panggilan tempatan ke semua rangkaian mudah alih.
Tidak. Semua Panggilan Tanpa Had tersedia untuk penggunaan domestik sahaja. Kadar IDD dan caj perantauan standard dikenakan.
Semua pengguna Prabayar U Mobile boleh mengaktifkan pelan ini.
Pelan GX12 dan GX30 direka untuk penggunaan telefon pintar sahaja.
Data Tanpa Had adalah untuk penggunaan peribadi di telefon pintar anda. Namun, anda juga mempunyai kuota hotspot mudah alih tambahan percuma yang boleh digunakan untuk berkongsi data dengan peranti lain:
Semua penggunaan hotspot mudah alih akan ditolak daripada kuota yang diperuntukkan ini.
Anda boleh terus menggunakan hotspot mudah alih anda pada kelajuan berkurang hingga 64kbps.
Tiada had kuota data untuk mana-mana pelan Giler Unlimited kami.
Anda boleh mengaktifkan GX12 atau GX30 melalui saluran berikut:
MyUMobile App
Langkah 1: Lancarkan MyUMobile App
Langkah 2: Pilih “Add-Ons”
Langkah 3: Kemudian pilih “Daily & Weekly” untuk GX12 atau “Monthly” untuk GX30
UMB
Langkah 1: Dail *118#
Langkah 2: Pilih Pelan Giler Unlimited yang anda inginkan
Langkah 3: Sahkan langganan anda
Pastikan anda mempunyai baki RM12 atau RM30 untuk berjaya mengaktifkan setiap satu GX12 dan GX30.
GX12 sah selama 7 hari dan GX30 sah selama 30 hari. Langganan anda akan diperbaharui secara automatik selepas 7 hari untuk GX12, dan selepas 30 hari untuk GX30, selagi anda mempunyai baki yang mencukupi dalam akaun Prabayar.
Contohnya, jika anda melanggan GX12 pada jam 8.53 malam pada 12 November, langganan anda akan diperbaharui pada jam 8.53 malam pada 19 November.
Ya. Anda akan menerima mesej (SMS) untuk peringatan, dua hari dan sehari sebelum tarikh pembaharuan automatik.
Ya. Anda akan menerima notifikasi SMS mengenai status langganan anda.
Sekiranya langganan anda gagal diperbaharui secara automatik, baki anda mungkin tidak mencukupi atau akaun anda mungkin dalam tempoh pasif. Sistem akan cuba memperbaharui langganan sekali lagi pada hari berikutnya.
Anda boleh menyahaktifkan perkhidmatan pembaharuan automatik melalui UMB dengan mendail *118#.
Anda tidak boleh melanggan GX12 atau GX30 dalam tempoh pasif.
Pelan GX12 atau GX30 anda tidak akan diperbaharui secara automatik dalam tempoh pasif.
Sebarang baki kuota hotspot yang tidak digunakan akan dipadam dan tidak akan dibawa ke langganan baharu.
Sebarang kuota hotspot yang tidak diguna akan dilucutkan semasa pembaharuan seterusnya yang berjaya, dan tidak akan dibawa ke langganan baharu.
Langganan GX12 atau GX30 akan dihentikan secara automatik dan baki kuota hotspot yang tidak diguna akan dilucutkan.
Tiada had untuk berapa kali anda boleh mengaktifkan GX12 dan GX30.
Anda boleh melanggan Hotspot 5GB (RM5/5 Hari) dengan kuota Hotspot 5GB, sah selama 5 hari, dengan harga hanya RM5.
Tidak boleh. Anda harus menunggu sehingga kuota atau kesahan Hotspot 5GB (RM5/5 Hari) semasa habis sebelum anda boleh melanggan yang berikutnya. Ini bermaksud anda tidak boleh melanggan lebih daripada satu Hotspot 5GB (RM5/5 Hari) pada masa yang sama.
Kuota dan kesahan Hotspot 5GB (RM5/5 Hari) yang berbaki akan dipadam, dan kuota dan kesahan yang belum diguna tidak akan dikembalikan.
Anda boleh melanggan Hotspot 5GB (RM5/5 Hari) melalui saluran berikut:
MyUMobile App
Langkah 1: Lancarkan MyUMobile App
Langkah 2: Pilih “Add-Ons“
Langkah 3: Pilih “Others” kemudian pilih Hotspot 5GB
UMB
Langkah 1: Dail *118#
Langkah 2: Pilih Hotspot 5GB
Langkah 3: Sahkan langganan anda
Ya, anda masih boleh melanggan Booster standard. Walau bagaimanapun, harap maklum tempoh sah untuk Booster akan bermula dari saat anda berjaya melanggannya.
MyUMobile App atau media sosial, kami berada di hujung jari anda.
Hubungi kami melalui MyUMobile App.
Hantarkan mesej anda melalui Messenger.
Ada pertanyaan? DM sahaja kami!
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}