
U Home 5G x sooka VIP
Dapatkan kelajuan 5G pantas dan sukan langsung eksklusif dengan Pakej U Home 5G x sooka VIP kami. Nikmati hiburan di rumah keluarga anda - cuma klik di sini!
Pakej Rahmah Prabayar Internet Mudah Alih adalah pelan prabayar yang direka khas untuk rakyat Malaysia yang bertujuan untuk untuk menangani peningkatan kos sara hidup dengan memenuhi keperluan perkhidmatan komunikasi asas, meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos komunikasi dalam talian bagi mereka yang memerlukan tempoh sah laku yang lebih panjang (180 hari = 6 bulan). Pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat oleh setiap operator rangkaian mudah alih yang mengambil bahagian dalam tawaran ini iaitu U Mobile, CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia dan YTL Communications.
Anda boleh menikmati 30GB Internet dengan kelajuan sehingga 3Mbps dengan tempoh sah selama 180 hari. Dengan pakej ini, pengguna boleh terus berhubung dan menjalankan aktiviti komunikasi harian dalam talian untuk tujuan yang penting seperti pembelajaran, mengakses dan menghantar emel, menghantar mesej segera, melayari laman sesawang, melayari media sosial dll.
Tertakluk kepada proses langganan yang akan diumumkan kelak oleh setiap operator. Pakej Rahmah terbuka kepada:
Semua pengguna sedia ada Pek Prabayar Sedia-5G boleh terus melanggan Pakej Rahmah melalui App MyUMobile.
Langkah 1 : Lancarkan App MyUMobile dan tap “Add-Ons”
Langkah 2 : Pergi ke ‘Lain-lain’, pilih ‘Pakej Rahmah’ dan sahkan pembelian anda.
Hanya pelanggan Pek Prabayar Sedia-5G boleh melihat serta melanggan Pakej Rahmah.
Pelanggan yang menggunaan pek prabayar yang lama (contohnya seperti Unlimited Funz, Power atau Broadband) perlu menaik taraf ke Pek Prabayar Sedia-5G melalui App MyUMobile dengan pembayaran sekali sebanyak RM5 sebelum boleh melanggan Pakej Rahmah. Anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah.
Langkah 1: Lancarkan App MyUMobile dan tap butang bar menu yang terletak di penjuru kiri sebelah atas.
Langkah 2 : Klik nama pek prabayar anda (contohnya Unlimited Funz, Unlimited Power atau Prabayar Power) yang terletak di bawah nama dan nombor telefon mudah alih anda.
Langkah 3 : Tap pada Tukar Pelan.
Langkah 4 : Tap pada Tukar Pelan Prabayar dan sahkan penukaran anda.
Anda boleh melanggan pakej ini bermula dari 28 Februari 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Ya. Pakej Rahmah ini sah untuk pelanggan servis perkhidmatan prabayar yang baharu atau sedia ada.
Anda boleh menyemak liputan jaringan mudah-alih di kawasan kediaman anda melalui laman sesawang https://jendela.my/map/ atau merujuk kepada penyedia perkhidmatan mudah alih anda yang sedia ada.
Anda boleh melanggan mana-mana pelan data lain yang tersedia.
Tiada had untuk melanggan Pakej Rahmah ini. Tetapi, pengguna hanya boleh melanggan satu (1) kali sahaja pada satu masa.
Anda boleh melanggan Pakej Rahmah dengan operator berbeza apabila data telah habis ataupun tempoh sah telah tamat.
Tiada sebarang had penggunaan pada data yang diperuntukkan di bawah Pakej Rahmah. Anda boleh menggunakan 30GB data untuk melakukan penstriman video, hotspot, permainan dalam talian atau sebarang aktiviti yang memerlukan data mudah alih. Jika kuota data anda tidak mencukupi, anda boleh melanggan pelan data tambahan yang lain.
Pengguna tidak akan dapat menggunakan baki data 30GB. Pangguna boleh memilih untuk melanggan semula Pakej Rahmah atau mana-mana pelan data yang lain untuk terus berhubung.
Ya, anda boleh. Bagaimanapun, status data untuk Pakej Rahmah anda mungkin berubah.
Pelan Data |
Apakah yang akan berlaku |
---|---|
Pelan Prabayar U (contoh Prabayar U25, U35 atau U40) | Pelan data ini akan menggantikan data Pakej Rahmah termasuk baki data. |
Lain-lain Add-Ons (contoh data harian atau mingguan berkelajuan tinggi) | Mana-mana pelan ini boleh digunakan dengan Pakej Rahmah. Data Pelan Harian atau Mingguan anda akan digunakan terlebih dahulu sehingga kuota telah habis digunakan atau tamat tempoh, sebelum data digunakan dari Pakej Rahmah. |
Ya, anda boleh. Untuk langganan seterusnya, kuota data anda akan bertambah manakala tempoh sah pula akan bertambah mengikut tarikh langganan terkini.
Tempoh sah kredit anda akan ditambah berdasarkan senario di bawah:
Pakej Remaja KM30 tidak boleh dilanggan selepas Pakej Rahmah dilancarkan. Pelanggan pakej Remaja KM30 boleh melanggan Pakej Rahmah jika mereka telah memenuhi syarat kelayakan tanpa perlu mendapatkan pek sim yang baharu.
Pelanggan sedia ada pakej Remaja KM30 boleh terus menikmati pakej ini sehingga tamat tempoh.
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, anda boleh hubungi kami melalui saluran berikut.
MyUMobile App
Hubungi kami melalui MyUMobile App.
Hantarkan mesej anda melalui Messenger.
Twit pertanyaan anda dan kami akan berhubung dengan anda secepat mungkin.
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}