
Pelan Pascabayar
Nikmati sehingga 1000GB data 5G dengan pelan U Postpaid™ baharu kami. Ketahui lebih lanjut!
Latihan ini dilaksanakan dengan kerjasama MCMC (rujuk https://www.mcmc.gov.my/media/press-releases/industry-task-force-for-data-verification-formed).
Objektif utamanya bertujuan untuk membendung penyalahgunaan perkhidmatan mudah alih prabayar untuk kegiatan jenayah dan melindungi pengguna lain daripada sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang. Oleh itu, sangat penting untuk memastikan semua pengguna prabayar didaftarkan dengan tepat dengan penyedia perkhidmatan masing-masing.
Pengguna prabayar dengan maklumat pendaftaran yang tidak tepat akan dihubungi oleh U Mobile melalui SMS atau panggilan untuk pengesahan data. Pengguna prabayar perlu memastikan bahawa maklumat mereka yang didaftarkan dengan U Mobile adalah tepat.
Anda perlu mengemas kini Nama, ID dan Alamat. Dokumen pengenalan asal anda (iaitu MyKAD, Passport dll) diperlukan untuk kemas kini pendaftaran.
U Mobile akan menggantung dan menamatkan perkhidmatan prabayar dengan serta-merta jika butiran pendaftaran pengguna didapati tidak tepat atau didaftarkan secara palsu dan tidak dapat diperbaiki dalam tempoh yang ditetapkan. Apabila ditamatkan, baki selebihnya untuk perkhidmatan prabayar akan dilucuthakkan dan U Mobile tidak mempunyai obligasi untuk mengeluarkan semula nombor yang sama kepada pengguna semasa pendaftaran baru pada masa akan datang.
Ia akan menjadi latihan berterusan dan berkala oleh SKMM.
Pengguna yang terjejas akan dihubungi oleh U Mobile melalui panggilan atau SMS untuk pengesahan data.
Pengguna yang terjejas dinasihatkan untuk mengemas kini butiran pendaftaran mereka dengan segera mengunjugi stor U Mobile yang terdekat atau hubungi perkhidmatan pelanggan kami di +6018 388 1318 (Isnin - Jumaat, 9 pagi - 6 petang)
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, anda boleh hubungi kami melalui saluran berikut.
MyUMobile App
Hubungi kami melalui MyUMobile App.
Hantarkan mesej anda melalui Messenger.
Twit pertanyaan anda dan kami akan berhubung dengan anda secepat mungkin.
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}