
Postpaid Plans
Enjoy up to 1,000GB 5G data with our new U Postpaid™ plans. Check it out now!
Duet TikTok ERA U Mobile
1. Penganjur
ASTRO RADIO SDN BHD
(NO. SYARIKAT: 199601031120 (403472-D))
2. Stesen Radio
ERA
3. Nama Peraduan
Duet TikTok ERA U Mobile
4. Huraian Ringkas Peraduan/ Rancangan
Ini adalah peraduan media sosial yang merupakan kerjasama Bersama antara Penganjur dan U Mobile Sdn Bhd (No. syarikat: 199101013657 (223969-U)) (“Penaja”) untuk memenangi wang tunai bernilai RM500.
5. Mekanisme ringkas Peraduan
1. Peserta perlu menonton video Radin atau Danial yang disiarkan di akaun Instagram rasmi ERA dan/atau akaun TikTok rasmi ERA untuk mendapatkan skrip duet;
2. Peserta kemudiannya perlu membuat video duet di TikTok (duet feature) atau Instagram (remix the reel feature), untuk berduet (mengikut skrip yang ditetapkan oleh Penganjur) dengan video Radin atau Danial;
3. Peserta perlu memuat naik video duet di akaun Instagram dan/atau akaun TikTok sendiri dengan hashtag #DuetwithU #UMobileERADuet.
Seorang Peserta dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan, Bagaimanapun, seorang Peserta hanya boleh menang sekali dalam Peraduan ini. Mana-mana kemenangan seterusnya akan diisytiharkan tidak sah secara automatik.
Peserta mesti mematuhi mekanisme Peraduan seperti yang diubah, dipinda atau diberitahu oleh Penganjur dalam Tempoh Peraduan.
6. Kriteria Kelayakan
a) Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang mencapai Umur Kelayakan sepertimana dinyatakan di bawah.
b) Peserta mestilah seorang warganegara Malaysia dan memiliki Kad Pengenalan Malaysia yang sah.
7. Ketidaklayakan
Golongan berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini: -
(a) Pekerja-pekerja/Kontraktor-Kontraktor/Pembekal-Pembekal dan suami, isteri, anak-anak, ibu-bapa dan adik-beradik pihak-pihak tersebut Penganjur, MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd, Astro Entertainment Sdn Bhd, Astro Production Sdn Bhd, Astro Digital 5 Sdn Bhd dan Astro Malaysia Holdings Berhad, Penaja Peraduan dan anak syarikat dan syarikat bersekutu mereka.
(b) Telah memenangi hadiah (atau hadiah-hadiah) yang bernilai RM1,000 atau kurang daripada pihak Stesen Radio dalam tempoh tiga puluh (30) hari sebelum menyertai Peraduan ini.
(c) Telah memenangi hadiah (atau hadiah-hadiah) yang bernilai RM1,001 – RM5,000 daripada pihak Stesen Radio dalam tempoh sembilan puluh (90) hari sebelum menyertai Peraduan ini.
(d) Telah memenangi hadiah (atau hadiah-hadiah) yang bernilai RM5,001 atau lebih daripada pihak Stesen Radio dalam tempoh tiga ratus enam puluh lima (365) hari sebelum menyertai Peraduan ini.
8. Umur Kelayakan
a) Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun dan ke atas pada masa penghantaran penyertaan atau pada tarikh penyertaan Peraduan.
b) Dalam situasi di mana Peserta di bawah umur 18 tahun dibenarkan menyertai Peraduan ini, Peserta tersebut mesti mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga Peserta untuk memasuki Peraduan ini dan menerima Hadiah. Pihak Penganjur menganggap bahawa ianya merupakan tanggungjawab ibu bapa atau penjaga Peserta di bawah umur 18 tahun untuk memantau penyertaan Peserta di dalam Peraduan ini. Ibu bapa atau penjaga mungkin, tertakluk kepada budibicara mutlak pihak Penganjur, dikehendaki untuk menandatangani satu indemniti dalam bentuk yang dikehendaki oleh pihak Penganjur sebagai salah satu pra syarat kelayakan penerimaan Hadiah Peserta di bawah jagaan ibu bapa atau penjaga terbabit.
9. Caj
Tidak berkenaan
10. Tempoh Peraduan
15 November 2021 - 28 November 2021
Pihak Penganjur berhak untuk mengubah, melanjutkan atau menangguhkan Tempoh Peraduan atau mana-mana tarikh, atau menetapkan tarikh baru mengikut budi bicara mutlaknya.
11. Bahasa Peraduan
Bahasa Malaysia
12. Prosedur Penyertaan
Peserta perlu memuat naik video duet dengan Radin atau Danial mengikut skrip yang ditetapkan oleh Penganjur, di akaun Instagram dan/atau akaun TikTok sendiri dengan hashtag #DuetUMobileERA.
Tetapan privasi profil / akaun / pos Peserta mestilah ditetapkan sebagai awam semasa dan selepas Tempoh Peraduan.
13. Tarikh Tutup Penyertaan
Penyertaan mestilah diterima oleh pihak Penganjur pada atau sebelum 11.59 malam pada 28 November 2021.
Penyertaan yang diterima sebelum bermulanya Tempoh Peraduan dan selepas Tarikh Tutup Penyertaan yang ditetapkan akan hilang kelayakan dan tidak layak untuk dipertimbangkan untuk Hadiah.
14. Cara Penghantaran
Melalui aplikasi laman sosial – Instagram/ TikTok
15. Alamat
All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia, Lebuhraya Puchong-Sungai Besi, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur
16. Pemilihan Pemenang
Duet video yang paling menarik dan yang paling kreatif, yang ditentukan oleh pihak Penganjur dan Penaja mengikut budi bicara mutlaknya.
17. Hadiah
Wang tunai RM500.
18. Pemakluman Pemenang
Pemenang akan dimaklumkan oleh Pihak Penganjur selepas Tempoh Peraduan melalui SMS atau panggilan telefon.
19. Tempoh Pengambilan Hadiah
Dalam tempoh satu (1) bulan daripada pemakluman pihak Penganjur
20. Tempat Pengambilan Hadiah
Tidak berkenaan
21. Terma-terma tambahan, jika ada
Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta-Peserta bersetuju kepada Notis Privasi yang didapati di http://media2.fishtank.my/media/astroradio/assets/legal-privacy-terms/privacy-notice.pdf
Sekiranya transaksi pemindahan telegraf ke akaun bank pemenang gagal disebabkan oleh informasi yang dibekalkan oleh Pemenang adalah tidak lengkap dan/atau salah, Penganjur merizabkan haknya untuk menolak RM10.00 daripada nilai Hadiah untuk setiap penghantaran-semula transaksi tersebut.
Sekiranya Pemenang memerlukan pengeluaran semula cek untuk Hadiah, RM50.00 akan ditolak daripada nilai Hadiah, melainkan pengeluaran semula itu adalah disebabkan oleh kecuaian, kesilapan dan/atau kesalahan pihak Penganjur.
Semua hadiah diterima sepenuhnya atas risiko setiap Peserta sendiri. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Penganjur dan Penaja mengecualikan semua liabiliti berkaitan dengan Peraduan ini. Semua peserta dan jika peserta berumur di bawah 18 tahun, ibu bapa atau penjaga mereka bersetuju untuk melepaskan Penganjur dan Penaja daripada dan menanggung rugi Penganjur dan Penaja terhadap semua liabiliti (termasuk kecuaian) untuk sebarang kecederaan peribadi, untuk kehilangan atau kerosakan (termasuk kehilangan peluang) atau pelanggaran mana-mana Terma-terma dan Syarat-syarat ini; sama ada secara langsung atau tidak langsung, khas atau berbangkit yang timbul daripada penyertaan dalam Peraduan ini.
Peraduan ini tidak sama sekali ditaja, disokong, ditadbir oleh, atau dikaitkan dengan, Instagram/ TikTok. Peserta memahami bahawa anda memberikan maklumat anda kepada pihak Penganjur dan/atau Penaja Peraduan dan bukan Instagram/ TikTok.
Dengan menghantar penyertaan, Peserta bersetuju untuk menyerahhakkan kepada dan memberikan Penganjur, Penaja Peraduan ini dan anak syarikat dan syarikat bersekutu mereka, hak mutlak dan lesen untuk seluruh dunia (yang kekal, tanpa royalti, tidak eksklusif dan yang boleh dilesenkan) untuk menggunakan, membuat salinan, meminda, mengubahsuai, menyesuaikan, menerbitkan, menterjemah, membuat karya terbitan daripada, mengedar, melaksanakan, bermain, membuat tersedia kepada orang awam, dan melaksanakan semua hak cipta dan publisiti berkenaan dengan foto/video/cerita yang dimuatnaik oleh Peserta dan Peserta mengetepikan apa-apa hak moral dalam foto/video/cerita tersebut. Penganjur, Penaja Peraduan ini dan anak syarikat dan syarikat bersekutu mereka hendaklah mempunyai hak tunggal (tetapi tidak ada kewajipan) untuk menggunakan, memuat naik atau menyiarkan foto/video/cerita yang dimuatnaik oleh Peserta dan/atau memasukkannya dalam karya lain dalam mana-mana media dan platform mengikut budi bicara mutlaknya untuk sebarang tujuan termasuk tujuan pengiklanan dan pemasaran tanpa apa-apa bayaran royalti kepada Peserta.
Penyertaan adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan tempatan dan akan ditapis oleh proses penapisan dalaman. Mana-mana penyertaan yang tidak mematuhi peraturan akan hilang kelayakan. Peserta mestilah merupakan pemilik hak cipta foto/video/cerita yang dimuat naik oleh Peserta atau telah mendapat kebenaran daripada pemilik hak cipta untuk memuat naik foto/video/cerita tersebut. Peserta mesti mempunyai persetujuan ibu bapa atau penjaga untuk kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun untuk muncul dalam foto/video dan bagi foto/video tersebut dimuat naik ke media sosial.
Semua Hadiah yang dimenangi tidak boleh dipindah milik kepada pihak lain dan tidak boleh ditukar kepada atau dijual dalam apa jua cara untuk apa-apa barang, hadiah atau wang tunai.
Panel hakim akan ditentukan berdasarkan budi bicara mutlak pihak Penganjur dan/atau Penaja. Penganjur boleh mengikut budi bicara mutlaknya membatalkan mana-mana Peserta untuk apa jua sebab, dan apa-apa keputusan oleh hakim, Penganjur dan/atau Penaja yang berkaitan dengan Peraduan adalah muktamad dan Penganjur dan/atau Penaja tidak akan melayan apa-apa rayuan oleh Peserta terhadap keputusan tersebut.
Jika Hadiah adalah dalam bentuk tiket percuma, pas atau baucar:
(a) pemenang adalah tertakluk pada terma-terma dan syarat-syarat penganjur acara tersebut, Penaja atau pihak yang mengeluarkan tiket, pas atau baucar tersebut;
(b) pemenang mesti mematuhi terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan dalam tiket, pas atau baucar (seperti klasifikasi filem) dan peraturan lokasi di mana acara tersebut akan diadakan; dan
(c) tempat, tarikh dan masa acara/program/filem/persembahan boleh diubah pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak Penganjur, penganjur acara atau Penaja.
Terma-terma Asas dan Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan (secara kolektif, “Terma dan Syarat”) akan mengikat semua peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam Peraduan ini (“Peserta”). Definisi-definisi dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan akan digunakan kecuali dinyatakan sebaliknya dalam Terma-terma Asas. Jika terdapat sebarang ketidakselarasan antara Terma-terma Asas dan Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan, Terma-terma Asas akan mengatasi setakat ketidakselarasan tersebut.
Kemasukan dan penyertaan di dalam Peraduan ini akan dianggap sebagai penerimaan Terma dan Syarat secara tanpa syarat oleh para Peserta.
If you require further assistance, you can get in touch with us via the following channels.
MyUMobile App
Reach out to us through the MyUMobile App.
Drop us your message on Messenger.
Tweet us your enquiries and we will get back to you as soon as we can!
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}