
Postpaid Plans
Enjoy up to 1,000GB 5G data with our new U Postpaid plans. Check it out now!
1. Kempen Pulangan Tunai 100% Pelan Prabayar melalui Pembayaran Alternatif (“Kempen”) yang dianjurkan oleh U Mobile Sdn Bhd (No Syarikat: 199101013657 (223969-U) (“U Mobile”) akan bermula pada 00:00:00 11 Februari 2021 dan berakhir pada 23:59:59 11 Mei 2021 (“Tempoh Kempen”). Setiap penyertaan yang diterima selepas Tempoh Kempen akan dibatalkan.
2. Sekiranya anda menyertai Kempen ini, anda bersetuju bahawa anda terikat dengan terma dan syarat di bawah (“Terma dan Syarat”).
3. Syarat Kelayakan
a. Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan Prabayar U Mobile. Peserta di bawah umur 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga mereka untuk menyertai Kempen ini.
b. Pekerja U Mobile atau ahli keluarga terdekat mereka tidak dibenarkan untuk menyertai Kempen ini.
c. U Mobile berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan tanpa menjelaskan sebab-sebab tertentu.
4. Mekanisme Kempen
a. Untuk menyertai Kempen ini:
i. Anda perlu membeli mana-mana pelan prabayar U Mobile (GT30, GX12, GX30, GX38, UMI30, UMI36, UMI50) melalui saluran dalam talian yang mengambil bahagian (seperti yang disenaraikan di bawah) sepanjang Tempoh Kempen sahaja.
Perbankan Atas Talian | E-Wallet/Pembayaran Alternatif | |
---|---|---|
Maybank | GoPayz | |
Bank Muamalat | Lazada | |
RHB | Boost | |
Bank Rakyat | Shopee | |
Public Bank |
ii. Setiap pembelian dikira sebagai satu penyertaan. Borang penyertaan tidak diperlukan.
5. Ganjaran
1. Peserta-peserta yang berjaya melakukan langkah-langkah yang disenaraikan dalam perenggan 4(a) layak menerima pulangan tunai 100% daripada jumlah pembeliannya untuk setiap transaksi yang dilakukan (“Pulangan Tunai”) berdasarkan pelan prabayar yang disenaraikan di bawah.
Pelan Prabayar | Jumlah Pulangan Tunai |
---|---|
UMI50 | RM50 |
GX12 | RM12 |
GX38 | RM35 |
GT30 | RM25 |
GX30 | RM30 |
UMI30 | RM30 |
UMI36 | RM36 |
2. Peserta-peserta yang berkelayakan akan dipilih seperti di bawah:
Bulan | Tempoh Kempen | Jumlah Peserta Berkelayakan | Kriteria Pemilihan | Pemberian Ganjaran |
---|---|---|---|---|
Bulan 1 | 11 Februari – 12 Mac 2021 | 100 | Setiap Transaksi ke-128 yang Berjaya | Pada 30 March 2021 |
Bulan 2 | 13 Mac – 11 April 2021 | 100 | Setiap Transaksi ke-128 yang Berjaya | Pada 30 April 2021 |
Bulan 3 | 12 April – 11 Mei 2021 | 100 | Setiap Transaksi ke-128 yang Berjaya | Pada 30 Mei 2021 |
3. U Mobile akan memaklumkan kepada peserta melalui SMS mengenai kelayakan mereka untuk menerima Pulangan Tunai. Jumlah Pulangan Tunai akan dimasukkan ke dalam akaun prabayar anda (dengan MSISDN yang digunakan untuk melakukan transaksi). U Mobile hanya akan memasukkan Pulangan Tunai sekali sahaja. Jika ia gagal atas sebab-sebab tertentu, jumlah pulangan tunai akan dibatalkan.
4. Anda perlu memastikan bahawa pelan prabayar U Mobile anda adalah Aktif sepanjang Tempoh Kempen sehingga pemberian ganjaran. “Aktif” bermaksud anda boleh membuat atau menerima panggilan.
5. Tiada had penyertaan dan ganjaran untuk setiap penyertaan semasa Tempoh Kempen.
6. Ganjaran yang diberikan adalah berdasarkan “seperti sedia ada” dan tidak boleh dipindah milik atau ditukar dengan wang tunai dalam jumlah penuh atau sebahagiannya. U Mobile tidak memberikan jaminan, secara nyata atau sebaliknya mengenai kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu hadiah. U Mobile mempunyai hak untuk menggantikan ganjaran dengan baucar lain atau barang yang mempunyai nilai yang sama pada bila-bila masa tanpa notis pendahuluan
7. Nama-nama setiap peserta yang berkelayakan akan dipaparkan melalui laman web U Mobile atau apa-apa jenis komunikasi yang bersesuaian daripada U Mobile.
6. Syarat Umum
a. Setiap keputusan U Mobile mengenai Kempen ini adalah muktamad dan terikat kepada setiap peserta. Jika terdapat sebarang percanggahan terhadap Terma dan Syarat ini, ia akan ditentukan oleh U Mobile.
b. U Mobile berhak untuk mengubah Terma dan Syarat ini termasuk pembatalan Kempen ini serta melanjutkan Tempoh Kempen. Jika ada sebarang perubahan, ia akan dimaklumkan melalui laman web kami. Ia adalah tanggungjawab anda untuk semak Terma dan Syarat ini di dalam laman web kami dan jika anda tidak bersetuju dengan perubahan tersebut, anda perlu menarik balik penyertaan anda dalam Kempen ini.
c. Setiap ganjaran yang diterima adalah atas risiko anda sendiri. U Mobile tidak akan menanggung sebarang liabiliti yang berkaitan dengan Kempen ini berdasarkan undang-undang yang diguna pakai. Setiap peserta termasuk peserta di bawah umur 18 tahun, ibu bapa atau penjaga mereka, bersetuju untuk mengecualikan U Mobile daripada sebarang tuntutan bagi liabiliti tersebut (termasuk kecuaian) seperti kecederaan diri, sebarang kerosakan atau kerugian (termasuk kehilangan peluang); sama ada secara langsung atau tidak langsung, kejadian khas atau perbuatan sengaja oleh Peserta berkaitan dengan Kempen ini.
d. Dengan mengambil bahagian dalam Kempen ini, setiap peserta:-
i. bersetuju dan memberi kebenaran kepada U Mobile untuk mengumpul, menyimpan, menggunakan, dan mendedahkan maklumat peribadi mereka untuk tujuan menjalankan Kempen ini; dan
ii. bersetuju dan memberi kebenaran kepada U Mobile untuk mendedahkan atau memaparkan maklumat peribadi mereka seperti nama dan identiti mereka serta maklumat yang bersesuaian atas tujuan penyertaan mereka melalui apa-apa jenis media, atau bahan pengiklanan serta pemasaran; dan
iii. bersetuju dan memberi kebenaran sepenuhnya kepada U Mobile untuk mengubahsuai, mengguna atau memaparkan apa-apa gambar atau video peserta atas tujuan pemasaran, pengiklanan atau promosi yang berkaitan, tanpa sebarang pembayaran atau pampasan.
e. Langganan perkhidmatan mudah alih Prabayar U Mobile adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Am Prabayar, termasuk Terma dan Syarat yang ini. Jika terdapat sebarang perkara yang tidak konsisten, ia tertakluk kepada Terma dan Syarat Am Prabayar.
f. Kempen serta Terma dan Syarat ini ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Peserta bersetuju bahawa Mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa eksklusif atas hal-hal yang berkaitan dengan Kempen ini.
g. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Version: 9 February 2021
If you require further assistance, you can get in touch with us via the following channels.
MyUMobile App
Reach out to us through the MyUMobile App.
Drop us your message on Messenger.
Tweet us your enquiries and we will get back to you as soon as we can!
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}