
iPhone 15 Pro
Unbeatable savings & flexibility with your iPhone 15 Pro via Unbeatable 5G U Postpaid plans. Enjoy 0% instalment with U PayLater. Sign up today!
Terma Perkhidmatan Pendaftaran Prabayar U
1. Pendaftaran Prabayar U membolehkan anda membuat pendaftaran layan diri pek permulaan Prabayar U Mobile anda yang baharu melalui Mini Program Pendaftaran Prabayar U (“Pendaftaran Prabayar U”). Pendaftaran Prabayar U adalah program mini WeChat dikendalikan oleh U Mobile yang merupakan sebuah aplikasi di dalam aplikasi WeChat.
2. Sekiranya anda memilih untuk menggunakan Pendaftaran Prabayar U, anda bersetuju untuk mematuhi terma perkhidmatan ini (“Terma Perkhidmatan”) tertakluk kepada terma dan syarat lain yang berkaitan dengan pelan Prabayar U Mobile termasuk Notis Privasi (secara kolektifnya, “Terma-terma”) yang boleh didapati www.u.com.my.
3. Kami boleh mengemaskini mana-mana Terma-terma ini dari masa ke semasa dan sebarang perubahan akan berkuatkuasa selepas diterbitkan di www.u.com.my.
Proses Pendaftaran Layan Diri
1. Selepas membeli pek permulaan Prabayar U Mobile, anda dikehendaki mengimbas kod QR yang disediakan di kedai (di mana anda membeli pek permulaan Prabayar U Mobile) dengan menggunakan aplikasi WeChat, di mana anda boleh terus melakukan proses pendaftaran secara layan diri di halaman Pendaftaran Prabayar U.
2. Pendaftaran Prabayar U mengandungi langkah berikut: -
a. Imbas Kod Bar Pek Prabayar U Mobile: Anda hendaklah mengimbas kod bar pek Prabayar U Mobile yang dibeli untuk tujuan pengesahan.
b. Imbas Dokumen ID:
i. Anda hendaklah mengimbas dokumen ID anda (Kad Pengenalan atau Passport) untuk tujuan pengesahan identiti.
ii. Jika maklumat yang dipaparkan salah, anda dikehendaki mengimbas semula dokumen ID anda. Jika maklumat dipaparkan masih salah anda dikehendaki menekan butang di bahagian bawah halaman Imbas Dokumen ID. Maklumat akan dikemaskini berdasarkan ID anda oleh pihak U Mobile dalam tempoh 48 jam. Anda boleh mengesahkan maklumat anda melalui aplikasi U Mobile (“MyUMobileApp”).
c. Pengecaman Wajah: Anda dikehendaki untuk mengambil video diri anda yang berdurasi pendek untuk tujuan ujian pengecaman secara langsung dan pengesahan identiti.
3. Sekiranya pendaftaran layan diri berjaya, anda akan dimaklumkan melalui SMS. Sekiranya pendaftaran tidak berjaya atau anda menghadapi masalah semasa proses pendaftaran, anda boleh dapatkan bantuan di stor U Mobile yang berdekatan. Senarai stor U Mobile boleh dirujuk di www.u.com/store.
4. Anda hendaklah mempunyai tidak lebih daripada 5 talian Prabayar aktif yang berdaftar di bawah ID anda dalam satu masa, untuk mempastikan pendaftaran layan diri anda berjaya.
Penggunaan Pendaftaran Prabayar U
1. Anda memberi representasi dan jaminan bahawa:
a. Maklumat yang diserahkan menerusi Pendaftaran Prabayar U adalah benar dan lengkap; dan
b. Dokumen-dokumen yang digunakan untuk Pendaftaran Prabayar U adalah dokumen-documen sah dan asli.
2. Dengan menyerahkan maklumat peribadi anda atau menggunakan Pendaftaran Prabayar U, anda membenarkan dan bersetuju untuk kami mengumpul, merakam, memegang, mengguna dan mendedahkan maklumat peribadi anda menurut Notis Privasi kami yang tersedia di www.u.com.my.
3. Kami boleh menggantung, menarik balik atau menghalang ketersediaan keseluruhan atau mana-mana bahagian Pendaftaran Prabayar U dengan memberi atau tanpa sebarang notis untuk sebarang tujuan atau alasan, termasuk sekiranga anda melanggar Terma Perkhidmatan ini, sekiranya kami mengesyaki terdapat unsur pemalsuan atau penggunaan yang tidak dibenarkan, untuk tujuan operasi, untuk tujuan pengawalseliaan, atau untuk apa-apa tujuan yang kami fikir wajar.
4. Kami tidak menjamin bahawa Pendaftaran Prabayar U Mobile, atau apa-apa kandungan di dalamnya, akan sentiada tersedia dan tidak terganggu.
5. Anda bertanggungjawab terhadap peranti dan platform yang digunakan untuk mengakses Pendaftaran Prabayar U. Anda patut menggunakan perisian perlindungan virus anda sendiri.
6. Anda tidak boleh:
a. menggunakan Pendaftaran Prabayar dengan cara, atau memuatnaik atau memindahkan sebarang bahan kepada atau melalui Pendaftaran Prabayar U yang mengganggu pengguna lain;
b. menggunakan kod pengesahan atau nama pengguna lain tanpa kebenaran;
c. memberi maklumat yang salah ketika mendaftar di Pendaftaran Prabayar U atau semasa mengubah butiran maklumat pendaftaran;
d. meminda, menghalang operasi atau mengubah suai Pendaftaran Prabayar U tanpa kebenaran; atau
e. melakukan pendaftaran layan diri menggunakan peranti atau aplikasi WeChat orang lain.
Tanda Dagangan dan Hakcipta
1. Pendaftaran Prabayar U mengandungi tanda dagangan yang mana tertakluk dengan permohonan-permohonan yang masih belum selesai atau sebaliknya yang dilindungi oleh undang-undang. Melainkan yang dinyatakan disini, logo “U”, “U Mobile” dan apa-apa produk lain atau nama perkhidmatan yang merujuk kepada Pendaftaran Prabayar U adalah tanda dagangan dimiliki oleh atau berlesen kepada U Mobile Group (melainkan dinasihatkan sebaliknya). Anda tidak dibenarkan menggunakan tanda dagangan ini tanpa kebenaran kami kecuali; (a) dengan menyimpan dan mencetak salinan Pendaftaran Prabayar U seperti yang dibenarkan di bawah menurut kebenaran hakcipta; (b) melalui rujukan yang sah kepada produk atau perkhidmatan kami dengan pengiktirafan yang betul terhadap status tanda dagangan kami; dan (c) dengan kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu.
2. Pendaftaran Prabayar U adalah hak cipta © U Mobile Group.
3. Semua bahan di dalam Pendaftaran Prabayar U adalah hakcipta di Malaysia dan, melalui perjanjian antarabangsa, di negara-negara lain.
4. Anda boleh sama ada menyimpan secara elektronik atau mencetak sebahagian daripada Pendaftaran Prabayar U untuk maklumat anda sendiri, kajian atau penyelidikan tetapi hanya jika (a) anda tidak mengubahsuai salinan tersebut sepertimana ia muncul di Pendaftaran Prabayar U; dan (b) anda memasukkan semua notis pemilikan dan hakcipta di dalam Pendaftaran Prabayar U di setiap salinan yang anda buat. Anda tidak boleh mengungkap, menghantar (termasuk menyiarkan), mengubahsuai, menghubungkan ke, atau sebaliknya menggunakan mana-mana bahan tersebut, termasuk petikan audio dan video, kecuali seperti yang dibenarkan di Pendaftaran Prabayar U atau dengan kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu.
Perkara-perkara Umum
1. Anda menanggung rugi dan memberi pampasan kepada U Mobile terhadap semua liabiliti, tuntutan, kerugian dan perbelanjaan termasuk apa-apa yuran guaman yang mungkin ditanggung oleh U Mobile berhubung dengan atau yang timbul daripada perlanggaran anda terhadap Terma-terma ini.
2. Pendaftaran Prabayar U adalah disediakan di atas dasar ‘Seperti itu’ (As Is) dan ‘Seperti yang Tersedia’ (As Available) tanpa jaminan nyata atau tersirat dan anda bersetuju bahawa penggunaan Pendaftaran Prabayar U adalah di atas risiko anda sendiri. Tertakluk kepada undang-undang yang terpakai yang tidak boleh dikecualikan, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan mengenai Pendaftaran Prabayar U Mobile, dan kami mengecualikan semua jaminan sama ada yang nyata atau yang tersirat berhubung apa sahaja dengan Pendaftaran Prabayar U.
3. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian atau kerosakan (secara langsung atau tidak langsung), berkaitan kehilangan keuntungan, kehilangan perniagaan, kehilangan penggunaan, kehilangan nama baik, kehilangan simpanan, kehilangan peluang, gangguan perniagaan atau lain-lain gantirugi berbangkit, istimewa, sampingan, secara tidak langsung, teladan atau punitif yang timbul berhubung dengan penggunaan Pendaftaran Prabayar U.
4. Terma dan syarat ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia. Anda bersetuju bahawa Mahkamah-mahkamah Malaysia mempunyai kuasa untuk menentukan apa-apa perkara berkenaan Terma-terma ini.
5. Sekiranya mana-mana Terma ini adalah tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, ianya akan dibatalkan dan terma yang selebihnya akan kekal dan berkuatkuasa.
6. Sekiranya kami tidak bertindak di atas pelanggaran yang anda lakukan, ini tidak mengecualikan hak kami untuk bertindak ke atas kemungkaran atau pelanggaran yang sama.
7. Rujukan kepada “kami” bermaksud U Mobile Sdn Bhd No. Pendaftaran 199101013657 (223969-U). Rujukan kepada “anda” bermaksud pengguna yang menggunakan Pendaftaran Prabayar U untuk mendaftarkan pek permulaan Prabayar U Mobile. Laman web kami terletak di www.u.com.my. Rujukan kepada “U Mobile Group” merujuk kepada U Mobile Sdn. Bhd. No. Pendaftaran 199101013657 (223969-U), dan syarikat-syarikatnya yang berkaitan dengannya yang ditakrifkan menurut Akta Syarikat 2016, sama ada secara individu atau secara kolektif seperti yang diperlukan di dalam konteksnya.
8. Jika berlakunya sebarang pertikaian antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Versi: 27 Disember 2019
If you require further assistance, you can get in touch with us via the following channels.
MyUMobile App
Reach out to us through the MyUMobile App.
Drop us your message on Messenger.
Tweet us your enquiries and we will get back to you as soon as we can!
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}